Sunday 29 July 2012

Langit Semalam




tiap masa ku mengharap,
langit ku pandang seperti semalam,
waktu kau tunjukkan aku bintang,
kau katakan tanpa bulan,
kau kan hilang bersama kilaun

aku cuma mahukan senyuman,
mahukn kau setia meneman,
tiap memori belum cukup kau tinggalkan,
aku masih dengan perasaan yg kau berikan,
umpama anak yang ditinggalkan,
aku sepi keseorangan.

tidak seperti langit semalam,
tanpamu aku benar2 kekosongan,
hasrat mu minta dilepaskan,
kerna kau ku pinta lakukan,
walau luka hati trus brgenang.
aku biar selagi kau relakan.

aku msih mengharap,
langit dulu sama seperti adanya,
indah untuk kau terus menatap ia,
aku juga ingin kau tau slamanya
aku jua memandang ke arah yg sama.
walau tempat kita berbeza..

                                       zorro280712



zorro>mood berpuisi

Saturday 28 July 2012

photoshop tutorial..Edit gambar dengan puzzle effect

assalamualaikum,..
salam ramadhan kat korang2 seme..hari ni tetiba zorro terasa rajin lak nak buat tutorial photoshop yg agak lame gak la nak dapat mood nak buat ni..malas punye pasal..sedikit panjang la..k..bagi sape2 yang nak edit gambar n nak dapat kan kelainan dalam mengedit ni,,zorro ada sediakan tutorial puzzle Effect untuk korang..jom..(Abaikan model yg xsenonoh itu =P)

ni final pic yg akan kita dapat nanti..Zorro bg dua versi background =)
(klik gambar untuk gambaran yg lebih besar..)


STEP1
Open gambar ngan photoshop..korang akan nampak ada background Layer pada Layers palette. kemudian korang Duplicate Background Layer..cara senang tekan Ctrl+J. kemudian rename kan layer yang korang duplicate tadi sebagai puzzle.



STEP2 
korang create satu Blank Layer baru dan letakkan dibawah Puzzle Layer tadi. klik kat (1) untuk create.


STEP3 
isikan kan New Layer tadi dengan white untuk dijadikan background..klu korang mahukan hitam..bleh je isikn dengan hitam..klik new layer tadi pastu pergi pada menu Edit > Fill. box pop up Fill akan kluar dan tukarkan kepada white.>OK layer korang akan jadi warna putih dan rename sebagai background ape2lah..=)


STEP4
Klik pada puzzle layer. pergi pada menu > filter >texture > texturizer. tekan button kecil (dalam bulatan gambar bawah) dan tekan load texture.




korang kene browse untuk dapatkan folder yang mengandungi texture puzzle yang korang nak. biasanya folder atau file tersebut sudah ade dalam photoshop folder. untuk browse, korang boleh pergi ke C:\Program files\Adobe\Photoshop CS3\Presets\Textures dan klik pada file puzzle.psd dan tekan open.


pastikan setting texture adalah seperti dibawah


STEP5
ni Effect puzzle yang korang akan dapat.


nampak? xnampak? besarkan sikit..


dan seterusnya adalah proses mengukir..hehe..jom..
menggunakan Pen Tool..


lukiskan Path pada sekeliling salah satu Puzzle Piece menggunakan Pen Tool..pastikan korang berada pada puzzle layer.


 kemudian tukarkan Path yang dilukis tadi kepada Selection dengan menekan Ctrl+Enter


STEP6
kemudian pergi pada menu Layer > New > Layer via Cut..ini akan menghasilkan layer baru kepada puzzle piece tadi..setiap satu piece yang korang cut akan menghasilkan satu layer baru..ingat!! tiap kali korang lukis puzzle piece baru ,korang kene pastikan pergi ke 
Layer > New > Layer via Cut.


hasilnya..dalam kotak layer ade layer baru..korang boleh rename sebagai puzzle pieces 1 dan seterusnya jika korang nak buat banyak..terpulang..dan korang boleh alih dan rotate puzzle piece tadi ikut suke korang..buat la asal cantik..


STEP7
double klik pada layer puzzle piece korang tadi.akan kluar box layer style or blending option..klik drop shadow .. setting seperti di bawah..ulang step 5 - step 7 untuk keluarkan puzzle piece seterusnya.


 ni adalah hasil selepas beberapa puzzle piece dikeluarkan



STEP8 (optional)
lukiskan Path pada sekeliling puzzle Pieces..xnak  buat pn xpe..optional..ingat..setiap kali korang lukis path..pastikan berada pada layer puzzle..


cam biasa tekan Ctrl+Enter untuk convert path kepada selection:

STEP9
untuk delete hanya kawasan luar puzzle..korang kena invert selection..so. pergi kat menu select > inverse




 semua pieces pada sekeliling puzzle telah di selected


STEP10
then..korang tekan Ctrl+D to remove the selection outline :)


da siap..sorryla..klau korang tengok betul2..background piece dalam gambar sekejap itam sekejap putih..abaikan,,..sebab saje je zorro main2 ngan bacground mane yg sesuai..masa ni korang nak buang puzzle piece lagi pn bleh..dan kalu nak tukar jadi background hitam..just tekan Edit > Fill..tukar warna Black


thanks

Zorro> penat...uhuhuu..

*untuk tutorial photoshop sebelumya..klik pada label tutorial

Friday 27 July 2012

senyum


senyum kerana kamu,
relaku termanggu tersipu,
dunia terasa semuanya bisu
bicaranya hanya kau dan aku.

senyum walau sendiri,
walau mimpi sudah dimengerti,
tetap diulangnya beberapa kali
tidak puas untuk diingati,
kerna datangnya dalam dihati.

senyumlah sebagaimana perlu,
jangan disimpan kerana malu,
kerana antara kau dan aku,
jasa senyumanlah kita bertemu.





zorro>senyum seindah suria..lalala =P

Wednesday 25 July 2012

simple photoshop tutorial..edit gambar dengan WORDS

assalamualaikum..
Sini zorro ada sediakan simple photoshop tutorial untuk sape2 yang nak kelainan dalam mngedit gambar..taknak tulis panjang2 bulan puasa ni..penat ..hehe..jom...masuk kelas..

ni final pic...hasil yang akan kita dapat nanti


ok..jom layan photoshop..

STEP1
create  new document dlm Photoshop dngan ukuran 1000×1000 pixels dalam default settings. pastu isikan background layer yang korang setting tadi dgn black color.


STEP2
klik Horizontal Type Tool dan tuliskan apa2 yang korang nak tulis.biar jadi satu ayat yang penuh (tulisan hendaklah white color dan caps on) penuhkan text yang korang tulis tu biar mampu cover seluruh layer hitam tu macam kat bawah (zorro tulis perkataan zorro je..cara senang...korang taip text tu dalam m.WORDS dulu,pastu korang paste je gune Horizontal Type Tool..ape2 pn ikut kreativiti korang =D )

 * (gmbar atas)ni zorro buat bentuk square ngan Horizontal Type Tool sebelum taip text dalam tu atau paste text dr m.WORDS dlm tu

* (gmbar atas) text yang telah dimasukkan sehingga cover sluruh layer hitam


* (gmbar atas) Rotate text 45 degrees dengan pergi pada menu Edit > Transform > Rotate. text anda akan kelihatan senget 45 degrees.

STEP3
skang ni korang bleh masukkan gambar yang korang nk. just type menu > open > browse


* (gmbar atas) adjust gambar biar memenuhi atau cover seluruh layer sebelumnya

STEP4
pada text layer dekat thumbnail box layer sebelah kanan, tekan Ctrl+left click (korang akan nampak simbol tangan pada cursor). pastu korang pergi kat menu select > inverse untuk invert selection. korang akan lihat selection active seperti dibawah.


 * (gmbar atas) tekan Ctrl+D untuk deactivate selection.



 * (gmbar atas) select photo layer dan tekan Delete untuk clearkan selection contents.


STEP5
Apply Image > Adjustments > Brightness/Contrast. setting seperti dalam  gambar BR=39 CON=26

 
 STEP6
Untuk cantikkan lagi gambar supaya kelihatan cam cover album or postet, korang bleh Create new layer. Select Horizontal Tool dan tulis something macam zorro tulis “da nakama studio”. ikutlah korang nak tulis banyak mane..asal sedap dipandang


da siap da..bleh la save as jpeg image..=D
 

ZORRO> selamat bertutorial..=)
 

Monday 23 July 2012

malam


Indah benar langit kala malam
bgaikn sidara,malu..bulan mengintai dibalik daunan,
romantis..,butiran bintang nakal mengerlip,
umpama minta dicumbukan,
kagum ku dlm pelukan tangan,
berdiri membatu mendongak ke dada alam..
malam,terlalu indah untk dirahsiakan

Sakti godaan malam bagai menghasut dalam,
cuba digapai, namun gengamnya hanya dlm khayalan,
indah diawanan tidak mampu untuk ditawan.
tanpa sedar,dalam jaga ku hitung kilauan,
hingga terang mimpi mainan syaitan.

Belum puasku dengan pandangan,
datangnya pula mendakap sayang,
nodanya penuh sopan,perlahan..
dingin megusik,tenang...
betapa alam indah bukan hanya pada pandangan,
namun jua pada hembusan nafas malam.

seketika,andainya masa mampu berhenti,
ku pohon,biarkn aku terus begini,
berdiri sndiri..lama sekali,
untuk ku menjamu nurani ini,..
pada lakaran malam alam Mu,ya Rabbi.
                                                        zorro-220712

 
ehsan gooooooogle..thanks

-zorro-malam,benar2 terlalu indah untk dirahsiakan

Wednesday 18 July 2012

Tuesday 17 July 2012

radang jiwa



Bangga mereka brkata,
diri mereka begitu dan begini,
sempurna.
sinis mereka mentertawa,
yang lain salah,malah punah,
mencela.

mereka,
ego untuk mengaku suka,
kerana takut manusia mentertawa,
kalut menyalahkn mereka2
padahal diri sndiri tiada apa2

radang jiwa bagai barah manusia,
malah teruk dari segalanya,
mencela tanpa sekelumit rasa cinta,
malah,
bangga dengan ape yg mereka ada,
dan lain daripadanya..salah belaka.

                                                       -zorro-


-zOrrO-share ur love

Thursday 5 July 2012

manusia

kita manusia,
datang,singgah dan akan hilang selamanya,
namun, bukan bererti kita tiada acara,
kerna datang nya kita bukan sia2,
sebagaimana telah tercatat dalam kalamNya,
agar tnduk dan sembah pada pencipta.

kita manusia
segenap sudut dunia kita ada,
pelbagai rupa,bhasa dan bangsa kita dicipta,
namun corak dan kedudukn anggota kita sama,
tiada berbeza selagi kita sempurna,
sebagai tanda pencipta itu sama dan satu2nya..

kita manusia,
mengapa masih ada yg kasar bicaranya,
hasad hanya kerana mereka berjaya,
sinis bilamana sndiri malas berusaha,
smpai akhirnya hati manusia tetap bersengketa,
selagi jiwa mereka tawar dari cintakan saudara,
selagi akal mendewakan perkataan syaitan durjana.

wahai manusia,
sebenarnya didunia kita buta
kita cume dengar dan belajar tentangNya,
mati mencelikkan segalanya,
membenarkan dan terus nyata azab atau kasihNya,
didepan mata,apa yg didengar dan dibaca bersemuka,
adakah datangnya membela atau menyiksa,
bergantung ia pada amal sebelumnya,
dipejamnya mata sengaja  atau celik hatinya mempercaya.

ehsan google

 
zorro>aku manusia biasa