Monday 22 December 2014

separuh kita


Selama disitu..
Di pandanganku kau tertawa,
berkata aku lucu orangnya,
dengan gaya comel dan manja,
muncung di bibir digerak bersahaja,
kau mengomel tika bercerita.

Dan seketika..
Di pandanganmu ku tersenyum,
disitu ku lihat dikaca matamu,
berkaca terbias separuh aku,
terleka dengan gaya cerita indahmu,
hingga berlalu detak waktu.
 
Dan selama seketika itu,
Dipandanganku ada dirimu,
separuh kamu yg tersenyum malu,
kerana ku tahu..
separuh itu kan menjadi satu,
bila mata antara kita bertemu,

  
sekadar hiasan..abaikan si lelaki itu..huahua



zorro>kita tidak sempurna sendirian

Saturday 20 December 2014

kau yang bernama senyuman



hey..
kau yang tersenyum giran,
hatiku terasa jelasnya getaran,
senyuman indah yang kau lontarkan,
bagiku bukan sekadar teguran,
bila kurasa sesuatu didalam.

 hey..
senyumanmu indah menawan,
yang ku rasakan bukan lagi mainan,
kerna disana ku lihat bayangan,
bukan hanya di mimpi malam,
tapi di tiap langkah dan hembusan,
kau berada dan setia meneman

hey..
kau yang bernama senyuman,
pandanglah hasrat hati di dalam,
dengarlah rasa yang ingin ku sampaikan,
dalam seribu juta senyuman,
biarpun seratus ribu yang menawan,
hanya engkau buatku tertawan.
dan inginku sayang.

smile...=)


zorro>senyumlah kamu

Tuesday 16 December 2014

DUHAI MATA



Duhai mata,
indah kamu pada tempatnya,
indah lagi pada tepat datang waktu gunanya,
lelaplah kamu pada masa nya,
rehatla dalam lagu dengkuran dada.

Duhai mata,
aku senyum padamu
aku kucup kuyumu
kan ku tunggu lirikan itu layu
untuk aku kata pada mu,
selamat malam rindu

Duhai mata,
helah nakalmu ku tahu,
kau mahu ku rindu,
kau mahu ku terus mencuit mu,
menatap senyum dan mengadu,
sepanjang malammu,


Duhai mata,
bila sampainya waktu,
untuk berlalu dari jagamu,
untuk berada di balik mimpi itu,
aku masihkan tetap disitu,
menemani sampai akhir malammu,
untuk ku tatap wajahmu,
yang indah di balik tidurmu
aku rindu..senyum tersipu,
dalam mahu..aku malu..
untuk ku kucup kelopakmu itu
kerna..
ku sayang kamu..
dan seluruh raga yang memiliki mu itu



google image


Zorro>selamat malam untukmu 

Monday 15 December 2014

'Bento' cinta



Comel dan bermakna,
seumpama 'bento' cara kita,
bekalan cinta dibawa dijiwa,
manis tawar hangat bersama,
tanda kita berkonsi rasa.


Dicipta dan dirasa,
bagaikan 'bento' dibentuk cinta
corak disusun indah rupa,
biar abadi di mata dan dijiwa
rasa cinta antara kita


Karya dan hasrat jiwa,
asal 'bento' dari ilham perekanya
di gubah indah untuk pendamba,
agar yang mengalir dari jiwa,
bukan dirasa dibibir cuma,
biar diingati selamanya 
selama kita berdua bernyawa.


google image - ivanizzac.


zorro>lapar tetiba

Saturday 13 December 2014

Bila Cinta Hanya Dimata



Bisa sang jelita,
menggoda menyesakkan jiwa,
cukup hanya lirikan mata,
kau rapuh wahai teruna,
galau emosi umpama kaca,
di sentuh retak berjuta,
di sentap kau rosak merata


 Emosi sang teruna,
tunduk bagai dimantera bisa,
konon khayal dirasuk cinta,
 mulai tewas tanpa bicara,
bernafas bagaikan hamba,
semata kerana setitis tiris cahaya,
kau lemas dalam kelam dunia.
 

Rebah dalam cinta gila,
 patut kah disalahkan si jelita,
bila teruna menghamba,
adakah salah jawapnya,
bila si cantik yang jelita,
tidakkah salah si jejaka,
lemah dimata dan dijiwa,
bila berkasih hanya kerana..
cinta yang cuma dimata.



google image


zorro> lama xmengarut kat sini..sekaku batu minda aku..huahua

Monday 8 December 2014

Bernafas Selepas Hujan



 Dalam renyai hujan
bagiku biar perlahan ku atur derap
dari mati tersembam ke bawah
kerana hanya dengan bernyawa
bukti aku kuat tika kecewa
kerana dengan terus berdiri
mampu ku lihat arah destinasi
dan harap di sana.. tempat 
untukku pulang bagi yang sudi.

Dalam renyai hujan
bagiku biar di simpan susah di jiwa
sampai masa mereput membaja didasarnya
bagai datang awan hitam pekat mengugut
ku biar basah membasuh seluruhnya
agar cuma redha yang ku hela
agar terang segala yang kelam
segar dan puas tika hembusan
umpama bernafas selepas hujan

google image
 

  

zorro > REDHA