.
Friday, 25 November 2016
monolog jiwa lalu
aku
hanya dgn pujangga
aku didalam bingkai syurga
yang jelaga pudar seketika
merubah...sesak pada dingin rasa
aku
hanya akan mimpi cinta
biar yang dingin hangat meronta
yang memimpin resah ke syurga
menipu...lelah asmara kepada bahagia
aku
khayal hadirnya sosok rindu,
sempurna berlatar lagu
bila senyum mula merayu
membunuh..salah lama biar berlalu
aku
dan masa lalu itu
luka yang aku biarkan wujud
biar tetap ada ia dan berlaga
mengagah rasa yang tersisa
untuk..mencintai jiwa yang seterusnya
zorro..25112016
p/s ; biar ia di pendam lama, membusuk menjadi baja, menyubur jalan yang akan di tempuh seterusnya...
Friday, 25 December 2015
senyumanmu
Pernah lafaz resah cuba bertamu
puas bisikan gundah cuba berlagu
namun kalah bila ku pandang wajah itu
bila terukir senyuman yang ku tunggu
Pernah cobaan menggila di dalam
galau cuba menguasa dasar fikiran
namun tenang reda dalam kekalutan
hanya kerana senyumanmu yang ku pandang
Pernah bertingkah lena dan rindu
bila senyuman mu ku ingatkan
meribut cemburu mengganggu
bila ada yg cuba mencuri pandang
kerana..
Segala tentangmu..semua tingkahmu
dan yang menghidupkan senyumku
adalah... senyuman mu..
zorro25102015,UKMbangi
love |
Subscribe to:
Posts (Atom)