Saturday, 30 July 2011

nakama-a moment

assalamualaikum....

lama aku x singgah cini..xsempat nak update pn..bw pn pakai sekali imbas je..huhu.. bahan untuk blog ada, cuma xsempat campur malas aku nak karangkan kat cini....kesian kat aku..huhu
klah..dengan sisa sisa masa yang masih berbaki ni...aku cuma nak bercerita pasal one of da aku nye nakama..dia juga sorang blogger, pembawa aku ke dunia blogger ni...time mula2 aku nk start blog...mamat ni la yang aku duk tepon tanya camana nak buat ni...camana nak buat tu...hihi..aku teringin nk tulis ni sebab baru ni aku balik kg and then terjumpe la mamat ni...cam biasala...ajak lepak minum air la...hihi..

 cube teka...sape mamat ni...hehe..(bro...jangan marah ea)..terjumpa mamat ni masa singgah kat masjid...baru lepas solat asar...apa lagi...aku culik bawak pegi kedai...layan sendu tepi sungai terengganu...a nice moment..hua hua

tu dia...dia pesan carrot susu.. mamat ni kalau korang nak kongsi bab2 mencengkam jiwa boleh la...dia seorang pendengar yang baik..hehe

 santai sambil layan fries ngan wedges tepi sungai terengganu...air aku da abis..huhu

Jom terjah blog dia 

call him neph @ petai


zOrrO>lokasi: Taman Tamadun Islam (umah mamat ni dekat je ngan tempat ni)

Saturday, 23 July 2011

si comel

assalamualaikum...

Cume berkongsi rasa gembira dengan kehadiran seorang ahli baru dalam family zorro... debaran selama 8 hari menjanjikan kehadiran seorang baby yang aaaaaaaamat comel...

ikuti kronologi bukti cinta sebuah ikatan

11 julai 2011
tiba tarikh yang dijanjikan,tapi si baby masih bertahan tidak jua mahu keluar menjengah dunia..di pujuk lembut oleh ibu dan ayah..bilakah mahu keluar...diusap disebalik tirai..harap si baby di sebelah sana mendengarnya.

12 julai 2011
si baby bergerak..umpama berisyarat dengan si ibu..si ibu tidak berputus asa..lembut tangan mengusap tabir pemisah 2 dunia..harap si baby terpujuk..sedikir resah singgah dihati si ibu....tetapi lembut isyarat dari si baby mendamaikan hati si ibu..si ibu terpujuk..mgkin bukan masanya...si ibu redha..Allah jua tempat dia mengadu.

13 julai 2011
si ibu resah..baby mula bergerak..rasa sakit mula menjalar..tidaklah sakit menyiksa kerana sebuah kebahagian menantinya..bergegas si ayah..di bawanya ke hospital..degup hatinya berdoa..moga sang Pencipta menjaga segalanya..rendah hatinya memohon rahmat yang Maha Pengasih dan Penyayang..

14 julai 2011
hari2 penuh debaran ditunggu si ibu..tidaklah dia takut menghadapinya..banyak perkara bermain difikiran..mencatur dan merangcang..sesuatu bermain di fikirannya...senyuman mula berputik di bibir merah si ibu..nama yang indah dan penuh makna....

15 julai 2011
4 hari berlalu dari hari yang dijanjikan..si ayah tidak lekang mendampingi si ibu...semangat dan doa dibacakan..kasih terhadap isteri tersayang tidak pernah surut..dikuatkanya...si baby di pujuk lembut..di baca juga bisikan cinta..segunung kasih seorang ayah untuk anak tercinta mengalir..rindu untuk bersua..

16 julai 2011
si ibu dibenarkan pulang..lemah dia berjalan..namun hatinya percaya..belum tiba masanya..

17 julai 2011
si ibu termenung sendirian..berdoa memohon kekuatan..di usap lembut anugerah dari yang Esa..terasa bergerak..sapaan nya berbalas...dia tersenyum...dia pasti, disebalik sana,si baby juga turut tersenyum..

18 julai 2011
sudah tujuh hari berlalu...tiada keluhan di hatinya.....di bawa oleh si suami ke hospital...

19 julai 2011
:0500 pagi: si suami mendapat panggilan..dia perlu kesana..
:1835 ptg : setelah berjam jam debaran dan keringat tumpah..si baby keluar melihat dunia...sayu alunan azan kedengaran..suasana riuh bertukar sepi..hanya tangisan si baby dan suara azan si ayah syahdu membelah kesunyian..air mata kegembiraan keluar,bergenang kegembiraan..di biarkan mengalir oleh si ibu....seraya syukur di panjatkan..
:1900 ptg : sibaby di tatap oleh mereka yang menunggu mereka..dia sebutir permata baru..indah..sebagai bukti cinta 2 jiwa yang terikat kemas..cinta hingga ke syurga..


ngantuk..tido la kerjanya

berkerut dahi..apa yang bermain di fikiranya

..holla..nice to meet u all...kata si baby

nama saya Muhammad Safuan bin mohd Sabri
maaf ye..sy nak tido jap...=)

ni si ayah dan si ibu tercinta aka abg dan kak ipar zorro..hehe
-moga cinta mereka mekar ke syurga

zorro>happy ngat2..coz ni anak sedara pertama zorro..luv u all

Friday, 22 July 2011

simple tip of da day #3-jantung

tahukah korang

Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Centre for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa makanan yang berserat tinggi akan mengurangkan kadar CRP dalam tubuh.

apa itu CRP=C-reactive protein.
org yang mempunyai kadar CRP yang tinggi dalam badan mereka akan mudah terdedah dengan masalah sakit jantung..

so...apalagi...jom amalkan makanan yang kaya dengan serat seperti Cereal, bayam, raspbery dan kacang hijau.

gambar hiasan..hihi
zorro> zorro sayang sangat si jantung hati zorro..rindu di hati

Friday, 15 July 2011

sel otak

tahukah korang

manusia mempunyai ribuan sel otak dan ianya semakin berkurang setiap kali korang menigkat dewasa, dan ia akan terus berkurang sekiranya korang tidak memaksimunkan penggunaanya..dan perlu bagi korang mengawal pengurangan ini...

penggunaan maksimun? camana tuh!!

korang tak perlulah menggunakan semaksimun mgkin sampai botak kepala korang...memaksimun bererti sentiasa merangsang sel2 otak korang untuk menambahkan penggunaan jumlah sel otak. jom kita layan tips ni.

PERTAMA. korang leh lakukan aktiviti fizikal seperti jogging or maraton. menurut penyelidikan, aktiviti seperti ni dapat menambahkan jumlah sel otak di bahagian otak yang mengatur memori dalam proses belajar.

KEDUA. korang lakukan perkara yang baru seperti mengcuba makanan baru, sentiasa menukar wangian badan dan mengungjungi tempat2 yang baru.

KETIGA. korang boleh cuba menulis puisi atau apa saja yang boleh mengolah mental dan kebolehan cara berfikir korang. ini juga boleh menambah sel otak korang

KEEMPAT. banyakkan makan ikan kerana ikan mempunyai omega 3 yang amat baik untuk sel otak. kalau korang da bosan dengan ikan, krang leh amik pati minyak ikan..kebiasaan ini dapat membantu perjalanan oksigen ke otak.

KELIMA. sebolehnya hindari makanan ringan kerana ia akan mengehadkan jumlah darah yang kaya dengan oksigen masuk ke otak serta menghalang metabolisme glukosa yang amat di perlukan oleh otak untuk berfikir.

ehsan pakcik google

zOrrO>TRY TO THINK OUT OF THE BOX..HUHU

Sunday, 10 July 2011

simple tip of da day #2-mata

Membaca semasa korang di dalam kereta,bas, monorail atau keretapi atau mana2 kenderaan yang bergerak perlu di hindari kerana pada waktu tersebut pergerakan otot-otot mata korang akan dalam keadaan dipaksa dan stress dalam waktu yang lama. Dan jaga jaga lah korang kerana dalam masa yang singkat, korang akan terpaksa pakai spek mata. Korang nak ke?..hehe

Ini berlaku kerana di pusat mata terdapat bintik kuning yang merupakan bagian paling jelas dan tajam untuk melihat benda sasaran, sementara luasnya sangat kecil, hanya 10 namomikron atau kira-kira 2 milimeter. 

ketika  melihat objek bergerak, fokus pada mata berpindah-pindah, sekejap masuk bintik kuning, kemudian masuk ke zon paramakuleri (bahagian luar bintik kuning), masuk lagi ke bintik kuning dan terus berulang seterusnya sehingga memenatkan kondisi mata korang.

tapi satu-satunya membaca dalam keadan bergerak yang dibolehkan adalah hanya ketika menggunakan kapal terbang kerana gerakannya relatifnya stabil..

so...sayangi mata korang =)


zorro> luv u all

Tuesday, 5 July 2011

simple tip of da day #1

Jangan membilas mulut setelah memberus gigi

Seseorang biasanya akan terus membilas mulut setelah selesai memberus gigi. Kebiasaan ini mungkin tidak terlalu diperhatikan kerana dianggap tidak berbahaya. Tapi Dr Phil London Stemmer, doktor gigi dari Fresh Breath Centre di London menyatakan bahawa membilas mulut setelah selesai memberus gigi akan menghilangkan lapisan pelindung Fluorida yang ditinggalkan oleh ubat gigi.

Dr Stemmer juga menyatakan jangan terus memberus gigi selepas makan.

"Tunggu sekurang kurangnya  setengah jam kerana asam pada makanan dan gula pada makanan yang kita ambil dapat melemahkan enamel pelindung pada gigi. Jika Anda memberus gigi terlalu cepat, Anda akan menghakis enamel yang lemah tadi sebelum sempat mengeras lagi," jelas Dr Stemmer.

pinjam ngan uncle goggle


zorro>sharing is caring

Friday, 1 July 2011

rawat kesepian korang..

adakah anda sunyi...
anda perlukan teman...
taip ONSUNYI dan hantar ke  23232

-tut-
-tut-
-tut-

xde org angkat eh...xpelah..hehe

adakah anda masih sunyi 
ok..jom rawat kesepian dan kesunyian korang

tahukah korang

Jika korang rasa sepi dan sendiri, korang leh cuba berendam dalam air hangat.
terdapat kajian dilakukan oleh pengkaji dari Yale University di Amerika Syarikat menunjukkan bahwa air hangat dapat bertindak sebagai peneman,

Menurut kajian, cara ini dapat mengganti kehangatan sosial yang hilang dengan kehangatan fizikal yang berasal dari air hangat. Para pengkaji percaya bahawa hasil dari kajian ini mmpu  memberi satu cara untuk mengatasi tekanan dan gangguan emosional keatas seseorg.

Selain bermanfaat untuk mengusir rasa kesepian, mandi air hangat ternyata juga banyak memiliki manfaat seperti: Meredakan stres, menanggalkan minyak dan kotoran yang menempel di permukaan kulit, Melancarkan peredaran darah, Membuka liang liang kulit dan Mengatasi insomnia

<pinjam ngan uncle goooogle>
   ...BlUp BlUp BlUp...
adakah anda masih sunyi..


fill ur heart with lOve
-zorro-