sejenak minda ku terkebelakang,
disember lalu masih segar dengan azam,
belum ku sempat menghela nafas kepuasan,
disember ini sudah mahu ku tinggalkan.
hari2 berlalu penuh dengan cabaran,
disember dulu masih menunggu jawapan,
apakah harus terus aku tambahkan,
bebanan atau azam yang belum pasti kesampaian.
suratan atau jalan kebetulan,
berharap menuju ia pada azam,
senyuman atau kepahitan,
ku harap hikmah ia menenangkan,
kerna aku manusia, harus perlu berusaha,
dan aku juga hamba,
harus percaya pada qada'Nya.
disember dulu,
aku cuma merancang jalan,
kini, harus ku percaya aturan Tuhan,
untuk aku kekal dalam landasan,
sebelum disember ini aku tinggalkan,
aku mahu ingin terus merancang,
azam untuk diriku,
dan mereka yang ku sayang.
zorro - 30 disember 2012
zorro> Alhamdulillah..disember ini ..aku masih bernadi
selagi masih bernafas, jangan pernah berhenti dari mengorak langkah..moga terus maju kehadapan ^_^.. salam awal & akhir tahun.
ReplyDeletesalam awal dan akhir tahun
ReplyDelete