tinggal beberapa hari lagi kita da nak menjengah syawal..korang singgah la mane2 tempat, pasti dan menjadi kemestian sesebuah kedai atau tempat tu pasang lagu raya...tempat kerja aku sendiri pn pasang lagu raya sampai member aku kata da tak larat nak dengar da...hari2..berulang2..huhuu
ape2 pn...aku cuma nak ucapkan salam lebaran salam syawal idulfitri buat semua rakan2 blogger sekalian dan semua umat islam yang sabar menunaikan ibadah puasa sepanjang ramadan yang mulia....syawal adalah hadiah untuk korang semua
firman Allah.
Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
dan sape2 yang belum bayar zakat...
Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)
untuk kadar zakat fitrah mengikut negeri...korang leh surf kt mane2 blog...hampir semua da shared..=)
zorro>..kemaafan itu indah..maaf zahir & batin