Showing posts with label myTips. Show all posts
Showing posts with label myTips. Show all posts

Friday, 23 December 2011

simple tip of da day #4-jerawat

assalamualaikum...
lame xsinggah sini...berhabuk kepuk dah umah ni..huhu..tadi aku sempat termenung depan cermin..duk tilik muka tua kusam aku ni...dan...tanpa ku sangka...seketul jerawat nakal muncul tepi hidung aku atas aku nye lesung pipit..hahaha...jahanam punye jerawat..huhuhu..

oii jerawat..
muncul kau secara tiba tiba...
tidakkah kau sedar kau menyusahkan mereka mereka
menghindar diri dari segala aktiviti yang disuka
semata mata takutkan jangkitan dan luka di muka
huhuhu..jerawat jerawat...

fakta dan tips ringkas tentang jerawat

bagi remaja..perkembangan hormon dalam badan mereka mempengaruhi msalah jerawat mereka. Hormon DHEA menyebabkan kulit berminyak jika parasnya meningkat. Jika kulit tidak dijaga dengan sempurna, minyak akan terperangkap di bawah kulit, bakteria menyebabkan kulit menjadi jerawat. Untuk membantu mengawal masalah ni..anda di nasihatkan untuk mengurangkan mengambil makanan yang manis manis terutama di waktu pagi dan waktu siang.Makanan manis menyebabkan paras hormon kortisol menjadi rendah. Hormon kortisol berfungsi melawan stress dan radang badan. Paras hormon kortisol yang rendah menyebabkan jerawat naik dan boleh menjadi radang...




Zorro...exam da dekat...arrrggg...jangan stress jangan stress..cool cool

Friday, 22 July 2011

simple tip of da day #3-jantung

tahukah korang

Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Centre for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa makanan yang berserat tinggi akan mengurangkan kadar CRP dalam tubuh.

apa itu CRP=C-reactive protein.
org yang mempunyai kadar CRP yang tinggi dalam badan mereka akan mudah terdedah dengan masalah sakit jantung..

so...apalagi...jom amalkan makanan yang kaya dengan serat seperti Cereal, bayam, raspbery dan kacang hijau.

gambar hiasan..hihi
zorro> zorro sayang sangat si jantung hati zorro..rindu di hati

Friday, 15 July 2011

sel otak

tahukah korang

manusia mempunyai ribuan sel otak dan ianya semakin berkurang setiap kali korang menigkat dewasa, dan ia akan terus berkurang sekiranya korang tidak memaksimunkan penggunaanya..dan perlu bagi korang mengawal pengurangan ini...

penggunaan maksimun? camana tuh!!

korang tak perlulah menggunakan semaksimun mgkin sampai botak kepala korang...memaksimun bererti sentiasa merangsang sel2 otak korang untuk menambahkan penggunaan jumlah sel otak. jom kita layan tips ni.

PERTAMA. korang leh lakukan aktiviti fizikal seperti jogging or maraton. menurut penyelidikan, aktiviti seperti ni dapat menambahkan jumlah sel otak di bahagian otak yang mengatur memori dalam proses belajar.

KEDUA. korang lakukan perkara yang baru seperti mengcuba makanan baru, sentiasa menukar wangian badan dan mengungjungi tempat2 yang baru.

KETIGA. korang boleh cuba menulis puisi atau apa saja yang boleh mengolah mental dan kebolehan cara berfikir korang. ini juga boleh menambah sel otak korang

KEEMPAT. banyakkan makan ikan kerana ikan mempunyai omega 3 yang amat baik untuk sel otak. kalau korang da bosan dengan ikan, krang leh amik pati minyak ikan..kebiasaan ini dapat membantu perjalanan oksigen ke otak.

KELIMA. sebolehnya hindari makanan ringan kerana ia akan mengehadkan jumlah darah yang kaya dengan oksigen masuk ke otak serta menghalang metabolisme glukosa yang amat di perlukan oleh otak untuk berfikir.

ehsan pakcik google

zOrrO>TRY TO THINK OUT OF THE BOX..HUHU

Sunday, 10 July 2011

simple tip of da day #2-mata

Membaca semasa korang di dalam kereta,bas, monorail atau keretapi atau mana2 kenderaan yang bergerak perlu di hindari kerana pada waktu tersebut pergerakan otot-otot mata korang akan dalam keadaan dipaksa dan stress dalam waktu yang lama. Dan jaga jaga lah korang kerana dalam masa yang singkat, korang akan terpaksa pakai spek mata. Korang nak ke?..hehe

Ini berlaku kerana di pusat mata terdapat bintik kuning yang merupakan bagian paling jelas dan tajam untuk melihat benda sasaran, sementara luasnya sangat kecil, hanya 10 namomikron atau kira-kira 2 milimeter. 

ketika  melihat objek bergerak, fokus pada mata berpindah-pindah, sekejap masuk bintik kuning, kemudian masuk ke zon paramakuleri (bahagian luar bintik kuning), masuk lagi ke bintik kuning dan terus berulang seterusnya sehingga memenatkan kondisi mata korang.

tapi satu-satunya membaca dalam keadan bergerak yang dibolehkan adalah hanya ketika menggunakan kapal terbang kerana gerakannya relatifnya stabil..

so...sayangi mata korang =)


zorro> luv u all

Tuesday, 5 July 2011

simple tip of da day #1

Jangan membilas mulut setelah memberus gigi

Seseorang biasanya akan terus membilas mulut setelah selesai memberus gigi. Kebiasaan ini mungkin tidak terlalu diperhatikan kerana dianggap tidak berbahaya. Tapi Dr Phil London Stemmer, doktor gigi dari Fresh Breath Centre di London menyatakan bahawa membilas mulut setelah selesai memberus gigi akan menghilangkan lapisan pelindung Fluorida yang ditinggalkan oleh ubat gigi.

Dr Stemmer juga menyatakan jangan terus memberus gigi selepas makan.

"Tunggu sekurang kurangnya  setengah jam kerana asam pada makanan dan gula pada makanan yang kita ambil dapat melemahkan enamel pelindung pada gigi. Jika Anda memberus gigi terlalu cepat, Anda akan menghakis enamel yang lemah tadi sebelum sempat mengeras lagi," jelas Dr Stemmer.

pinjam ngan uncle goggle


zorro>sharing is caring

Friday, 1 July 2011

rawat kesepian korang..

adakah anda sunyi...
anda perlukan teman...
taip ONSUNYI dan hantar ke  23232

-tut-
-tut-
-tut-

xde org angkat eh...xpelah..hehe

adakah anda masih sunyi 
ok..jom rawat kesepian dan kesunyian korang

tahukah korang

Jika korang rasa sepi dan sendiri, korang leh cuba berendam dalam air hangat.
terdapat kajian dilakukan oleh pengkaji dari Yale University di Amerika Syarikat menunjukkan bahwa air hangat dapat bertindak sebagai peneman,

Menurut kajian, cara ini dapat mengganti kehangatan sosial yang hilang dengan kehangatan fizikal yang berasal dari air hangat. Para pengkaji percaya bahawa hasil dari kajian ini mmpu  memberi satu cara untuk mengatasi tekanan dan gangguan emosional keatas seseorg.

Selain bermanfaat untuk mengusir rasa kesepian, mandi air hangat ternyata juga banyak memiliki manfaat seperti: Meredakan stres, menanggalkan minyak dan kotoran yang menempel di permukaan kulit, Melancarkan peredaran darah, Membuka liang liang kulit dan Mengatasi insomnia

<pinjam ngan uncle goooogle>
   ...BlUp BlUp BlUp...
adakah anda masih sunyi..


fill ur heart with lOve
-zorro-

    Tuesday, 28 June 2011

    Vaksin pelangsing?

    PERNAHKAH KORANG TERFIKIR YANG SUATU HARI NANTI AKAN ADA SATU VAKSIN YANG MAMPU MELANGSINGKAN BADAN KORANG..PELIK KAN TU..XPERLU LA KORANG TAHAN LAPAR SEKSA JIWA RAGA KORANG SEMATA2 NK BADAN CAM MODEL..HIHI..PASNI XYAH LA KORANG MAKAN BUAH JE...XPON PUSIM TREK JOGIM 2 KILOMETER LEBIH SETIAP HARI...PAKAI LOSYEN CAP ITU INI...HUHU..
    BENARKAH AKAN ADA VAKSIN TERSEBUT???

     NI GMBAR MEMBER ZORRO WAT KIJE SKOLAH DIA.XDE KAITAN..HEHEHE

    TAHUKAH ANDA

    BEBERAPA PENYELIDIK DARI PORTUGAL TELAH BERHASIL MENCIPTA SEJENIS VAKSIN YANG TELAH DAPAT MENURUNKAN KADAR PENGAMBILAN MAKANAN YANG TELAH DIUJI KEATAS HAIWAN MAKMAL.DAN KEMUNGKINAN VAKSIN INI JUGA DAPAT DI APLIKASIKAN KEATAS MANUSIA DAN MAMPU MEMBANTU MENGURANGKAN KES OBISITI DI DUNIA.

    CAMANA VAKSIN INI BETINDAK

    "APABILA BADAN MENERIMA VAKSIN TERSEBUT, TUBUH AKAN MENGHASILKAN SEJENIS ANTIBODI YANG MELAWAN HORMON GHRELIN IAITU SEJENIS HORMON YANG MENYEBABKAN RASA LAPAR"-Mariana Monteiro, M.D., Ph.D., associate professor dari University of  Porto di Portugal.

    VAKSIN INI KEMUNGKINAN BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG MAKAN DENGAN JUMLAH YANG SEDIKIT KERANA TIDAK MERASA LAPAR.KAJIAN KEATAS MANUSIA MUNGKIN AKAN MEMAKAN MASA YANG LAMA...TAPI MUNGKIN SUATU HARI NANTI PENGGUNAAN VAKSIN INI BOLEH TERJADI...

    MUNGKIN...=) ANDA RASA.?



    Sharing is caring-
    -ZORRO-

    Friday, 24 June 2011

    " Si hitam" itu indah

    Hitam...banyak perkara negatif yang biasa di kaitkan dengan warna yang tak penah wat salah ni....sebut je jalan hitam..wah...xbleh xbleh..sebut je noktah hitam...ni mesti cerita pasal sad ending ni...xmau xmau...ular or kucim hitam...huhu...seram..sebut je sejarah hitam....no no no(sambil goyang jari telunjuk)..reject terus...huhu..cedih tul...nasib baik aku x berapa hitam....ha!! tu lagi satu hal...xsedar diri tul..
    ari ni cuma nak cite cikit cite pasal hitam nih...ubah persepsi...selami diri...selami lautan dalam..ngeh ngeh..ngeh..

    tahukah korang

    makanan berwarna gelap atau hitam nih biasanya mengandungi antioksidan lebih tinggi yang sangat berkesan untuk menurunkan risiko diabetes, penyakit jantung, dan kanser.

    "Buah yang berwarna hitam memiliki lebih banyak antioksidan karena makin gelap warnanya, makin tinggi pigmennya, yang berasal dari antosianin," kata Cy Lee, PhD, profesor kimia makanan dari Cornell University.

    meh kita selami khasiat makanan atau buah yang berwarna hitam nih

    1.Habbatus Sauda

    Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

    Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, amino acid yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, Sistem immunisasi dan sebagainya
     
    Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


    2. Beras hitam

    Beras hitam mengandungi vitamin E dalam jumlah tinggi. pengambilan secara rutin beras hitam akan meningkatkan sistem imun tubuh dan melindungi sel dari bahaya radikal bebas. Beras hitam juga mengadung antioksidan antosianin lebih tinggi dibanding blueberries.

    3. "Blackberries" @ beri Hitam

    Polifenol di dalam buah beri hitam ini diketahui mampu mencegah penurunan fungsi kognitif yang terjadi karena penuaan. Polifenol akan bekerja membersihkan sel-sel yang mengganggu fungsi otak. Buah ini juga kaya akan serat.

    4. Kacang hitam

    Kulit berwarna hitam yang menyelimuti kacang ini sarat akan bioflavonoid, nutrisi dari tanaman yang mampu melawan kanser.

    5. Soya Hitam @ Glycine soja

    kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Korea mendapati, pengambilan soya hitam secara teratur akan mencegah risiko trombosis, pembekuan darah yang berakibat fatal. soya hitam juga mengandung asam alpha linoleate, jenis asam omega-3 yang mengurangi risiko penyakit jantung.

    6. Teh hitam
     
    Teh ini mengandung teaflavins, antioksidan yang bermanfaat mempercepat penyembuhan kecederaan pada otot setelah olahraga. Minum teh hitam juga menurunkan risiko terkena serangan jantung.

    7. Cokelat hitam

    Penelitian yang telah di publish di Journal of the American Medical Association menyatakan bahwa cokelat hitam mengandung kandungan yang disebut polifenol. Dalam kajian yang dilakukan pada haiwan, polifenol terbukti menurunkan tekanan darah. Cokelat hitam juga dipercaya dapat melindungi tubuh dari serangan jantung dan stroke.

    so...ape lagi..tidakkah Hitam itu indah..hehe 

     pinjam gambr ngan pakcik google

    Hitam manis hitam manis~
    zOrrO~

    Wednesday, 8 June 2011

    Minyak Zaitun (olive oil) dan aku...

    Adehh!...Sakit sakit badan tak hilang lagi, macam tulang dah makin mereput..huhu..abih terasa sengal sengal satu badan, banyak sangat duk buat kerja time cuti baru nih..pegi situ pegi sini,buat tu buat ni..Tiba tiba terasa diri makin tua...penyakit pun makin banyak kalau tak di jaga nih.. huhu..Sambil sambil baring terpandang la sebotol Minyak zaitun atas meja aku...hmm..2 3 4 hari da aku lupa nak minum..tertinggal mase aku balik kampung tempoh hari..Aku amalkan sebagai ikhtiar untuk kesihatan badan, Segalanya hanyalah DIA.

    Minyak Zaitun yang aku dapatkan dari sorang kawan-LALELI OLIVE OIL-http://www.laleli.com.my/-

      
    TAHUKAH ANDA

    Hadith:
    1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN
    KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat
    Sayyed Al-Ansari.

    2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA
    BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

    Ciri2 dan kelebihan pokok Zaitun

    Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang
    dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan
    nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah
    zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. 

    Minyak zaitun digunakan untuk melembutkan kulit. Ia merupakan minyak
    semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras
    asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain.
    Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan
    darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang
    darah dari melekit dan membeku.  Kesimpulannya, minyak zaitun tulen
    mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit
    kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses
    penuaan.

    Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia
    boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan
    prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah
    seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran
    dengan mencampurkannya dengan sedikit garam.  Jeruk buah zaitun
    boleh mengatasi masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi
    berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

    Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman,
    mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan
    ulser yang kronik.  Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada
    gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

    CARA PENGAMBILAN:

    1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
    2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3
    sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada
    muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
    3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran
    6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda
    pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).


    Sharing is Caring-
    love myself very much

    Saturday, 14 May 2011

    kisah Bawang Putih yg Hodoh dan Bronkoli yg Tak Disukai

    Panjang lak tajuk entri aku kali ni...hehe..ni bukan nak berkempen nak suruh korang jangan makan bawang putih ngan bronkoli..Tapi nak cerita la cikit...cite pe?...meh nak cite...
    Tadi aku gi la kedai runcit ni...nak beli barang la cikit kononnye..dua tiga kali gak pusing intai barang, sampai je kat tempat sayur, terdengar la abg ngan kakak ni duk berbual, skali tengok muda lagi, dua kali tengok pun muda jugak..dalam 40 somethingla umur diorang..si suami(abg mat-bukan name sebenar) dan si isteri(mak munah-jugak bukan nama sebenar) ni aku rase dia nak beli sayur kot..aku dengar cam bertekak, tapi xlah sampai gaduh, cuma bisik-bisik manja, tapi keras nada dia..dari apa yang dapat aku paham, si isteri ni tak makan sayur..isk isk isk...tua tua pun tak makan sayur, kan da kena tua dari aku. Ingat budak budak je tak makan sayur. Di marahnya suami dia yang beli bawang putih ngan bronkoli...katanya beli sikit sikit dah la..i tak suka sayur..huahua..lawak tul diorang nih...camana lah kat umah...makanan kalau takde bawang putih mana sedap..kalau tumis ngan bawang putih dan rakan rakan sayur dia...fuhhh..mantop bau dia..lapar la pulak.


     Korang tau tak ade sejenis bahan yang di panggil carcinogenic, iaitu bahan yang mampu menyebabkan kanser. kadang kadang bahan ni ada dalam makanan yang kita makan. Bahan bahan ni leh merosakkan badan korang sekiranya berlaku ketidakimbangan dua jenis enzim dalam badan korang iaitu Phase 1 enzyme dan Phase 2 enzyme. Phase 1 enzyme ni mampu merangsang toxin yang masuk kedalam badan manakala Phase 2 enzyme mampu menghancurkan semula toxin tersebut.
    Haa...kat sini la pentingnya bawang putih dan brokoli nih. bawang putih mampu memperlahankan tindakan Phase 1 enzyme dan bronkoli lak mampu meningkatkan tindakan Phase 2 enzyme.

    Sape sape yang masih tak suka bawang putih ngan bronkoli..insaflah..haha.







     k,sharing is caring

    Tuesday, 10 May 2011

    mau kuruuuuus...

    Dua tiga hari ni ade je aku dengar org nak kuruskan badan. Macam macam suplement diorang amik. Krim untuk luar dan dalam la, Minuman herba herba, jamu mak teruna, pati ape ape ntah di telanya, ade yang tak makan langsung, makan buah katanya.Nasib baik tak sedut lemak..huhuhu..tak salah berdiet,tapi jangan disiksa jiwa dan raga..hihi...Sape sape yang amat berkemampuan boleh aje gi slim world..Slim la korang nanti..ngeh3x
    Entri kali ni cuma aku nak kongsi seciput tips yang aku pernah terbaca pasal nak kuruskan badan. Mudah dan Klasik...layans..
    p/s (Skali tengok badan aku ni mcm nak kena kuruskan jugak..ade je kawasan yang perlu di cantik kan rupa bentuknye..hahaha.)

    Kuruskan Badan Cara Lama

    1)Air limau nipis untuk turunkan berat
    Anda boleh turunkan berat badan anda dengan limau nipis. Caranya ialah dengan mencampurkan jus dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk. Minum setiap kali selepas makan tengahari dan malam. Amalkan selama sebulan untuk lebih berkesan dan jangan lupa bersenam.

    2)Buah pinang kuruskan badan
    Ambil sebiji buah pinang, hiris nipis dan jemur hingga kering. Selepas hirisan pinang cukup kering, tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali. Amalkan selama dua minggu.

    3)Asam jawa kurangkan lemak
    Ambil sebuku asam jawa dan masukkan ke dalam segelah air. Ramas sehingga isi jawa terlerai dari bijinya. Masukkan air tersebut kedalam peti sejuk dan minum selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Hasilnya, berat badan akan menurun dan anda rasa lebih segar.

    4)Kurangkan buncit
    Untuk anda anda yang ada masalah perut buncit, boleh cuba cara ini. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau nipis. Perahkan jus limau nipis dan campurkan dengan kapur tadi sehingga sebati. Sapukan sekeliling perut tiap tiap malam sebelum tido dan biarkan sampai kering atau sampai keesokan harinya.

    5)Langsing selepas bersalin
    Agar badan anda tidak gemuk selepas bersalin, Ambil lima halia bara,10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat dan perahkan sebiji limau nipis. Makanla bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari semasa tempoh berpangtang


    Selamat mengcuba..hehe

    Sharing is caring