Monday 26 December 2011

Awan


sesekali ku pandang Awan

Mendung kau seketika
umpama manusia
kau penuh dengan rahsia
lama ku cuba faham bahasanya
adakah itu tanda kau kecewa
atau cuba melindung cinta

seketika
titisan tangis mu mulai ketara
teresak..umpama kecewa
 meratap, lebat , dingin sekitarnya
dan di tangan ini, titisan mula terasa
biasan cerita disebaliknya

namun..
mungkin aku tersalah sangka
reda tangismu membawa gembira
indah berkaca langit dunia
setelah kau dinginkan suasana
kau hiaskannya dengan pelangi cinta



zorro> masih dlm mood musim hujan....gigil~tetiba terbayang kalau winter(snow)..best x?

Friday 23 December 2011

simple tip of da day #4-jerawat

assalamualaikum...
lame xsinggah sini...berhabuk kepuk dah umah ni..huhu..tadi aku sempat termenung depan cermin..duk tilik muka tua kusam aku ni...dan...tanpa ku sangka...seketul jerawat nakal muncul tepi hidung aku atas aku nye lesung pipit..hahaha...jahanam punye jerawat..huhuhu..

oii jerawat..
muncul kau secara tiba tiba...
tidakkah kau sedar kau menyusahkan mereka mereka
menghindar diri dari segala aktiviti yang disuka
semata mata takutkan jangkitan dan luka di muka
huhuhu..jerawat jerawat...

fakta dan tips ringkas tentang jerawat

bagi remaja..perkembangan hormon dalam badan mereka mempengaruhi msalah jerawat mereka. Hormon DHEA menyebabkan kulit berminyak jika parasnya meningkat. Jika kulit tidak dijaga dengan sempurna, minyak akan terperangkap di bawah kulit, bakteria menyebabkan kulit menjadi jerawat. Untuk membantu mengawal masalah ni..anda di nasihatkan untuk mengurangkan mengambil makanan yang manis manis terutama di waktu pagi dan waktu siang.Makanan manis menyebabkan paras hormon kortisol menjadi rendah. Hormon kortisol berfungsi melawan stress dan radang badan. Paras hormon kortisol yang rendah menyebabkan jerawat naik dan boleh menjadi radang...




Zorro...exam da dekat...arrrggg...jangan stress jangan stress..cool cool

Saturday 26 November 2011

rasa hati

sering ku terpikir
 
bagaimana mudah dia cairkan gundah jiwa,
beransur hilang sendu pada kuntum tawanya,
terhenti air mata pada mekar gembiranya
tanpa ku sedar wujudnya di sisi bukan sia sia,
mengungkit rasa yang pernah ku cuba salah sangka
aku kagum sendiri..dan..ia mula mencengkam jiwa
apakah ia mainan hati atau....rasa cinta






zorro>SHARE UR LOVE


Friday 28 October 2011

..pujuk..

merah
lama aku perhatikan mu
kenapa kau resah sebegitu
apa yg bermain di benak itu
adakah perasaanmu terganggu
apakah emosimu juga sebegitu
tiada senyum, namun sedu

merah
adakah kau marah..
kenapa terus memendam resah..
izinkan dia memujuk dngan kasih
ceritaknlh kenapa kau marah..
pasti dia menunggu sesuatu untuk kau luah

merah
dapat ku lihat rayuannya jelas
bahasa badannya juga indah
meraih kepercayaanmu tanpa puas
inginkh kau terus bertemankan amarah
atau 
menerima pujukanya yg benar ikhlas

                                                                                zorro:28-10-11

 red rose by google


zOrro> terlihat si jejaka memujuk si bunga, mgkin atas kekhilafanya sebelum itu..huhu

Saturday 15 October 2011

mereka kebanggaan seterusnya...

Assalamualaikum..
lame benar aku x update umah aku ni..merayap jalan2 nk pegi blog rakan2 lain pn x..kurang sempat kata org tua2..huhu...xpelah..secebis mase terluang ni aku tidaklah nak bercakap panjang...cume berkongsi rasa bangga dan harapan aku kt org yg aku syg ni..


secara ringkasnye family aku ade 6 org adik beradik, 2 lelaki,2 perempuan,2lelaki (mengikut susunan). dan kt cini aku cuma nk bercerita pasal 2 lelaki yang terakhir tu..

APIK n AUS
tahun 2011 merupakan tahun study diorg..sbb 2011 diorg exam...macam kembar la pulak..xlah..sorang SPM n sorang lagi UPSR..




ni dia si abg-APIK, bakal calon SPM..sempoi,selamba, banyak diam dari bercakap
, tapi otak memang power..hantu ADDMATH..aku rase tiap kali aku tengok result ADDMATH dia aku kecut perut...kurang 2 atau 3 nak dapat fullmark..memang hantu ah



dan ini pulak adiknye-AUS,banyak bercakap, banyak bising dari diam, banyak gak ilham dia, selamba dan sensitif gak la..anak bongsu kan..hehe..melukis mewarna tu bidang dia..aku rasa banyak melukis dari membaca....tapi ligat gak otak dia, imaginasi dia tinggi, mase aku umur dia pn xbijak cam dia, tulisan xcam budak,kira cantik gak la..dalam FB chatt ngan sape entah...selamba je dia hentam broken English...calon UPSR taun ni..kira da lepas dah la bulan sembilan baru ni..masa exam UPSR baru ni...katanya MATH senang sangat..hehe..


 dua org terakhir dalam family aku..antara yang bakal jadi yang terbaik dalam family...bakal mencabar abg dan kakak2 diorang..hehe


 
kat bawah ni jadual exam UPSR dan SPM taun ni
wish them-----GUD LUCK

 
TARIKH PEPERIKSAAN UPSR DAN SPM TAHUN 2011

PeperiksaanTarikh
UPSR

13 - 15 September 2011 (3 hari)


SPM

14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

zorro> with LOVE..........sharing is caring

Monday 3 October 2011

nafas..

nafas..
dalam dan teramat berat kau seketika..
hambatan rasamu bukan di pinta atau dicipta..
mengapa datang resahmu secara tiba tiba..
terasa benar sesak membebani jiwa.

nafas..
perlahan ku cuba mengatur mu..
berakar benakku cuba memahami rentak geloramu..
tapi aku ingin kau tahu biarpun carik jantung ku..
akan ku tahan rasa sesak itu.

nafas
ku tahu tanpamu ku tiada..
tapi dirimu juga hamba..
memerlukan aku seperti adam perlukan hawa..
wujudkah satu tanpa keduanya..?

                                                                                                                       zorro..3-10-11
 


zorro> mungkin benar kata pujangga, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.

Thursday 22 September 2011

sakura..


Sakura
Bertapa pernah ku cuba berbicara tentang mu
Terlalu Indah mekar berbunga di ranting jemari.
Harum melantai alam bersama warna cinta.
Dan..
Berani aku katakan manusia menggilaimu.
Bukan kerana galauan jiwa terdesakkan cinta.
Hanya kerna ilusi indah biasan pancaindera.

Sakura.
Datangmu bermusim..
Lama dapat aku rasakan angin benar merinduimu
Sehingga termimpi mencumbui haruman alam itu.
Rantaian rindu terasa sesak membelenggu.
Bilakah kau ingin bertamu..
Dan..
Nafas alam itu berlagu
Andainya kau muncul walau seketika
Inginnya mengucup kelopak sukma mu
Supaya kau menari indah di udara
Melenggok gemalai jatuh bersaratkan cinta.

                                    sakura:zorro-22-9-11

gambar dari pakcik google
perhiasan alam-sakura nan indah

zorro>bila nak g jepun nih..huhu

Tuesday 20 September 2011

kosong..


termenung...
kosong pandangan itu..
tiada terkesan oleh akal apa dilihat..
tidak terganggu akan hati apa di tatap..

termenung..
tetap ianya kosong..
ciuman pipi sang angin di biar singgah..
pujukan dingin sang bayu direla meratah..

termenung..
sendiri..
hanya hengusan kecil melagu sepi..
hanya derap hati kekal berbunyi..

termenung..
ianya setia kosong..kenapa?..
singgahla wahai sesuatu..



zorro> singgahla wahai sang indah..

Thursday 15 September 2011

........redha

masa berlalu....
sesuatu menjengah jiwa ini..
dalam aku hirup udara Mu...
penuh menakung di ruang hati..
dan hembusan keluhan bersatu..
aku relakan keluar sendiri..
satu persatu..
dibawa hanyut hilang ke langit tinggi..
dan aku merayu..
jangan ia kembali..
kerna aku redha ketentuan MU..
ya ILLAHI


zorro> biar tersilap maaf dari tersalah hukum

Tuesday 13 September 2011

langkah seterusnya..

assalamualaikum..

akhirnya dapat gak aku buka umah yg hampir usang aku ni...lama aku tinggalkan..kalau di hitung dikira aku rasa lebih 2 minggu da blog aku berhabuk...xsempat nak jenguk..huhu...masih di dalam mood syawal...ingin aku ucapkan selamat hari raya untuk semua rakan alam maya...nanti ade masa, aku jenguk la blog korang...lame da xblogwalking nih..dan beberapa jawapan kpd kemuskilan yg bermain diminda korang...

kemuskilan 1
nape zorro lama xonline??
jawapan: zorro xsempat...sebab xcukup masa beberapa minggu lepas raya nih.


kemuskilan 2
nape zorro xcukup masa??
jawapan: zorro ade hal cikit...err


kemuskilan 3
apeny hal tu..bleh taw??
jawapan: Sbb zorro da kene g skolah balik..hehe


kemuskilan 4
Skolah??
jawapan: yup


zorro da belajar balik...rezeki syawal...sebelum ni zorro mohon untuk sambung study lepas 4 tahun kerja..dan alhamdulillah...permulaan bagi langkah seterusnya..

 zOrrO>syukur yg amat..=)

Saturday 27 August 2011

salam syawal



..


tinggal beberapa hari lagi kita da nak menjengah syawal..korang singgah la mane2 tempat, pasti dan menjadi kemestian sesebuah kedai atau tempat tu pasang lagu raya...tempat kerja aku sendiri pn pasang lagu raya sampai member aku kata da tak larat nak dengar da...hari2..berulang2..huhuu

ape2 pn...aku cuma nak ucapkan salam lebaran salam syawal idulfitri buat semua rakan2 blogger sekalian dan semua umat islam yang sabar menunaikan ibadah puasa sepanjang ramadan yang mulia....syawal adalah hadiah untuk korang semua

firman Allah. 
Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

dan sape2 yang belum bayar zakat...


Ibnu Umar meriwayatkan:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

untuk kadar zakat fitrah mengikut negeri...korang leh surf kt mane2 blog...hampir semua da shared..=)

zorro>..kemaafan itu indah..maaf zahir & batin

Tuesday 23 August 2011

hanya yg termampu


gambar ehsan google

 
ditengah hiruk jual beli manusia
terpandang wajah tua kusam
 garit kedut kepayahan berakar
bertakung amat payah di lepaskan
mengharap simpati mereka mereka
menghulur menadah tangan
satu umpama sepuluh
sesuap nasi umpama nafas esok
merayu bukan kerana mau
hanya kerana itu yg termampu


zorro>syukur dengan setiap titis rakmat dan rezekiNYA

Saturday 20 August 2011

hati ini



hati ini..terlalu sempit, namun cukup untukmu sorang
hati ini..terlalu girang, bila khabar cintamu berkumandang,
hati ini..terlalu rapuh, namun cuba menahan hambatan,
hati ini.. terlalu lemah, takut akan kehilangan,
hati ini..terlalu sakit, bila yang di genggaman di minta pulang,

hati ini..menangis..menangis kesorangan..




zorro> jaga diri...jaga hati

Monday 15 August 2011

limitless of art and imagination-hand art

aku dapat email dari sorang kawan dan dia share sesuatu yang amat mengkagumkan aku..xpasti la dari mane dia dapat dan sumber mane,tp credit pade mane2 mereka yang menghasilkannya...sangat mengkagumkan bagiku...hhuhu(mata berkaca2)

jom jamu mata korang..seni tanpa sempadan

HandArt
zorro>wOOOw...xterkataaaa

Sunday 14 August 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"


zorro join GA??...
huhu...sebenarnya ni first time aku join GA..bukan malas sebelum ni...tapi xberkesempatan sangat..tringin gak..tapi sekadar cuci mata je la sebelum ni baca korang2 diluar alam maya sana duk join GA..tapi kali ni aku da kena tag di CIK BULAN ...kerja dia la ni..xpelah kira bagus gak...bleh cube di bulan pose ni...manela tau..dapat...meriah sikit raya nie...dapat kad raya yang da lama aku xdapat dek kemajuan teknologi yang hanya memerlukan kepantasan jari korang je untuk menghantar SMS raya..hehe..mmbebel la pulak aku ni..hhuhuhuu

klah, korang2 yang nak kad raya pakej sekali ngan duit raya 
(tekan banner atas nak tau detail hadiah dan pemilihan pemenang).
pakat2 laa join GA ni =)

tag :

lan hatikubaik

tarikh tutup penyertaan : 21 august 2011.


zorro>tunggu kad raya sampai umah

nakama no 300

    wah wah...oyee oyee oyee...tiga kosong kosong

tadi bukak blog lepas buka puasa...tengok2 da capai 300 ratus da nakama ku...huhu..xsengkeee...sbgai blogger yang separa aktif atau pun xseberapa aktif..aku x terkisah sangat pasal bilangan follower or nakama sebelum ni..tapi bila da makin hari nampak makin ade yang sudi menekan butang keramat follow tu..aku amat2 berterima kasih...terharu pn ade..(gelojak di jiwa ku rasa gumbira..hihi)

300....memang jumlah yang xseberapa dbanding ngan jumlah follower blog lain yang da lame di alam maya ni...tapi aku pasti setiap daripada blogger akan sampai jumlah ni dan pernah sampai jumlah ni dan disambut dengan seulas senyuman yg aaamat menawan...hehehe..perjalanan masih jauh..

life is a climb, but the view is great...=)

sape yang ke 300 tu...jom kawan ngan dia...terjahhh!

simplyseoul, simple dan senang je nk ingat dan sebut..klik klik
 
zorro>lu you allll lah

Friday 12 August 2011

Perasaan itu

 
aku rasai sesuatu

perasaan itu tidaklah untuk mengongkong,
mahupun menghambur cemburu keterlaluan,
cuma cebisan rasa takut kehilangan.

perasaan itu umpama kamus perasaan,
tercoret segala macam rasa berlainan,
dari sedih hinggalah senyuman.

mencari mu bukan sekadar mencari dan merasa perasaan itu,
tetapi mencari teman pengubat kalbu.

aku harap kau mengerti

Thursday 11 August 2011

Hati yang tenang


"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

dan bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

dan juga, hindarila dari penyakit hati kerna:

"Jiwa yang sering berkecai akan memadamkan seri wajah. Jiwa yang kekontangan kasih akan terasa sakit bila melihat kasih sayang. Jiwa yang lemah akan senang mengalah. Jiwa yang rosak akan sentiasa buruk sangka pada takdir andai ditimpa kegagalan atau musibah". 
(dari buku:Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan:PENULIS : ZULNAIDI YAACOB)



zOrrO> ketenangan itu ada dalam RAMADHAN

Saturday 30 July 2011

nakama-a moment

assalamualaikum....

lama aku x singgah cini..xsempat nak update pn..bw pn pakai sekali imbas je..huhu.. bahan untuk blog ada, cuma xsempat campur malas aku nak karangkan kat cini....kesian kat aku..huhu
klah..dengan sisa sisa masa yang masih berbaki ni...aku cuma nak bercerita pasal one of da aku nye nakama..dia juga sorang blogger, pembawa aku ke dunia blogger ni...time mula2 aku nk start blog...mamat ni la yang aku duk tepon tanya camana nak buat ni...camana nak buat tu...hihi..aku teringin nk tulis ni sebab baru ni aku balik kg and then terjumpe la mamat ni...cam biasala...ajak lepak minum air la...hihi..

 cube teka...sape mamat ni...hehe..(bro...jangan marah ea)..terjumpa mamat ni masa singgah kat masjid...baru lepas solat asar...apa lagi...aku culik bawak pegi kedai...layan sendu tepi sungai terengganu...a nice moment..hua hua

tu dia...dia pesan carrot susu.. mamat ni kalau korang nak kongsi bab2 mencengkam jiwa boleh la...dia seorang pendengar yang baik..hehe

 santai sambil layan fries ngan wedges tepi sungai terengganu...air aku da abis..huhu

Jom terjah blog dia 

call him neph @ petai


zOrrO>lokasi: Taman Tamadun Islam (umah mamat ni dekat je ngan tempat ni)

Saturday 23 July 2011

si comel

assalamualaikum...

Cume berkongsi rasa gembira dengan kehadiran seorang ahli baru dalam family zorro... debaran selama 8 hari menjanjikan kehadiran seorang baby yang aaaaaaaamat comel...

ikuti kronologi bukti cinta sebuah ikatan

11 julai 2011
tiba tarikh yang dijanjikan,tapi si baby masih bertahan tidak jua mahu keluar menjengah dunia..di pujuk lembut oleh ibu dan ayah..bilakah mahu keluar...diusap disebalik tirai..harap si baby di sebelah sana mendengarnya.

12 julai 2011
si baby bergerak..umpama berisyarat dengan si ibu..si ibu tidak berputus asa..lembut tangan mengusap tabir pemisah 2 dunia..harap si baby terpujuk..sedikir resah singgah dihati si ibu....tetapi lembut isyarat dari si baby mendamaikan hati si ibu..si ibu terpujuk..mgkin bukan masanya...si ibu redha..Allah jua tempat dia mengadu.

13 julai 2011
si ibu resah..baby mula bergerak..rasa sakit mula menjalar..tidaklah sakit menyiksa kerana sebuah kebahagian menantinya..bergegas si ayah..di bawanya ke hospital..degup hatinya berdoa..moga sang Pencipta menjaga segalanya..rendah hatinya memohon rahmat yang Maha Pengasih dan Penyayang..

14 julai 2011
hari2 penuh debaran ditunggu si ibu..tidaklah dia takut menghadapinya..banyak perkara bermain difikiran..mencatur dan merangcang..sesuatu bermain di fikirannya...senyuman mula berputik di bibir merah si ibu..nama yang indah dan penuh makna....

15 julai 2011
4 hari berlalu dari hari yang dijanjikan..si ayah tidak lekang mendampingi si ibu...semangat dan doa dibacakan..kasih terhadap isteri tersayang tidak pernah surut..dikuatkanya...si baby di pujuk lembut..di baca juga bisikan cinta..segunung kasih seorang ayah untuk anak tercinta mengalir..rindu untuk bersua..

16 julai 2011
si ibu dibenarkan pulang..lemah dia berjalan..namun hatinya percaya..belum tiba masanya..

17 julai 2011
si ibu termenung sendirian..berdoa memohon kekuatan..di usap lembut anugerah dari yang Esa..terasa bergerak..sapaan nya berbalas...dia tersenyum...dia pasti, disebalik sana,si baby juga turut tersenyum..

18 julai 2011
sudah tujuh hari berlalu...tiada keluhan di hatinya.....di bawa oleh si suami ke hospital...

19 julai 2011
:0500 pagi: si suami mendapat panggilan..dia perlu kesana..
:1835 ptg : setelah berjam jam debaran dan keringat tumpah..si baby keluar melihat dunia...sayu alunan azan kedengaran..suasana riuh bertukar sepi..hanya tangisan si baby dan suara azan si ayah syahdu membelah kesunyian..air mata kegembiraan keluar,bergenang kegembiraan..di biarkan mengalir oleh si ibu....seraya syukur di panjatkan..
:1900 ptg : sibaby di tatap oleh mereka yang menunggu mereka..dia sebutir permata baru..indah..sebagai bukti cinta 2 jiwa yang terikat kemas..cinta hingga ke syurga..


ngantuk..tido la kerjanya

berkerut dahi..apa yang bermain di fikiranya

..holla..nice to meet u all...kata si baby

nama saya Muhammad Safuan bin mohd Sabri
maaf ye..sy nak tido jap...=)

ni si ayah dan si ibu tercinta aka abg dan kak ipar zorro..hehe
-moga cinta mereka mekar ke syurga

zorro>happy ngat2..coz ni anak sedara pertama zorro..luv u all

Friday 22 July 2011

simple tip of da day #3-jantung

tahukah korang

Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Centre for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa makanan yang berserat tinggi akan mengurangkan kadar CRP dalam tubuh.

apa itu CRP=C-reactive protein.
org yang mempunyai kadar CRP yang tinggi dalam badan mereka akan mudah terdedah dengan masalah sakit jantung..

so...apalagi...jom amalkan makanan yang kaya dengan serat seperti Cereal, bayam, raspbery dan kacang hijau.

gambar hiasan..hihi
zorro> zorro sayang sangat si jantung hati zorro..rindu di hati

Friday 15 July 2011

sel otak

tahukah korang

manusia mempunyai ribuan sel otak dan ianya semakin berkurang setiap kali korang menigkat dewasa, dan ia akan terus berkurang sekiranya korang tidak memaksimunkan penggunaanya..dan perlu bagi korang mengawal pengurangan ini...

penggunaan maksimun? camana tuh!!

korang tak perlulah menggunakan semaksimun mgkin sampai botak kepala korang...memaksimun bererti sentiasa merangsang sel2 otak korang untuk menambahkan penggunaan jumlah sel otak. jom kita layan tips ni.

PERTAMA. korang leh lakukan aktiviti fizikal seperti jogging or maraton. menurut penyelidikan, aktiviti seperti ni dapat menambahkan jumlah sel otak di bahagian otak yang mengatur memori dalam proses belajar.

KEDUA. korang lakukan perkara yang baru seperti mengcuba makanan baru, sentiasa menukar wangian badan dan mengungjungi tempat2 yang baru.

KETIGA. korang boleh cuba menulis puisi atau apa saja yang boleh mengolah mental dan kebolehan cara berfikir korang. ini juga boleh menambah sel otak korang

KEEMPAT. banyakkan makan ikan kerana ikan mempunyai omega 3 yang amat baik untuk sel otak. kalau korang da bosan dengan ikan, krang leh amik pati minyak ikan..kebiasaan ini dapat membantu perjalanan oksigen ke otak.

KELIMA. sebolehnya hindari makanan ringan kerana ia akan mengehadkan jumlah darah yang kaya dengan oksigen masuk ke otak serta menghalang metabolisme glukosa yang amat di perlukan oleh otak untuk berfikir.

ehsan pakcik google

zOrrO>TRY TO THINK OUT OF THE BOX..HUHU

Sunday 10 July 2011

simple tip of da day #2-mata

Membaca semasa korang di dalam kereta,bas, monorail atau keretapi atau mana2 kenderaan yang bergerak perlu di hindari kerana pada waktu tersebut pergerakan otot-otot mata korang akan dalam keadaan dipaksa dan stress dalam waktu yang lama. Dan jaga jaga lah korang kerana dalam masa yang singkat, korang akan terpaksa pakai spek mata. Korang nak ke?..hehe

Ini berlaku kerana di pusat mata terdapat bintik kuning yang merupakan bagian paling jelas dan tajam untuk melihat benda sasaran, sementara luasnya sangat kecil, hanya 10 namomikron atau kira-kira 2 milimeter. 

ketika  melihat objek bergerak, fokus pada mata berpindah-pindah, sekejap masuk bintik kuning, kemudian masuk ke zon paramakuleri (bahagian luar bintik kuning), masuk lagi ke bintik kuning dan terus berulang seterusnya sehingga memenatkan kondisi mata korang.

tapi satu-satunya membaca dalam keadan bergerak yang dibolehkan adalah hanya ketika menggunakan kapal terbang kerana gerakannya relatifnya stabil..

so...sayangi mata korang =)


zorro> luv u all