Monday 1 July 2013

rasa dan masa


segala tentang kau adalah masa,
bermula rasa juga kerana perlu masanya tiba,
kau tetap jarak antara dua masa, 
akhir dan mula,
untuk kau pilih antara cinta 
atau masih seperti adanya.

segala yang ku ada juga dibentuk masa,
bertambah berkurang pilihan ku cuma dua,
apa yang kau terima, ku anggap amat berharga,
namun segala yg sebaliknya, 
akan menjadi kenangan yg tiada kan kulupa.

segala yg terbina sepanjang ruang masa,
mencipta kau menjadi lebih berharga,
moga dua jalan yang berbeza,
tidak membezakan impian kita,
mencapai cinta & cita sesama manusia,
dan jua cinta Agung di langit sana.

zorro:1julai2013 




 gambar hiasan



zorro > masa tanpa sedar mencorakkan kita,mase juga mampu menyembuh luka,masa juga mampu mengukuh empayar cinta,mase lalu hargailah ia,dan masa yg tiba..manfaatkan sebaiknya

Friday 28 June 2013

motivasi jumaat ku

Salam jumaat rakan2...

Hmm..kejap je mase bergerak..dari jumaat lepas hingga ke jumaat ini..xterasa selang waktu diantara 2 jumaat tu..taw2 dah berada di jumaat ni dah..cepatkan..
khutbah jumaat lepas pasal kawin n keperluannya..khutbah ari ni lak pasal perpaduan, kecintaan sesama ummah..ringkas dan menarik..seingat aku...sejak aku stay sini..dalam 6 tahun lebih...jarang waktu khutbah jumaat aku terlelap..mgkin gaya bahasa yg ringkas dan senang dipahami kot..tajuk pn layan je..best,..

k..dan cerita motivasi jumaat aku.. 
sejak kecik aku perasan satu benda yg berkaitan jumaat yg aku lalui..mgkin aku sorang je merasa, atau mgkin korang juga mengalaminya.. jumaat yang sentiasa berbeza dengan hari2 sebelum atau selepasnya..time musim hujan..kalau ari2 ujan..aku akan tunggu jumaat...bnyak kali jumaat itu akan panas seperti biasa..dan hujan balik keesokannya..dan kalau musim panas..perkara sebaliknya berlaku...jumaat adalah waktu yg aku akan rasa mendung dan basah bumi cinta ni..mgkin berlakunya tidakla sentiasa..tapi..aku leh rasa kelainannya berbanding ari2 yg lain.... dan ia sebagai penanda, motivasi dan sesuatu untuk aku tunggu...hehe

..dan sepertimana yg kita maklum...jumaat..terlalu besar dan magis segala hikmah dan cerita di baliknya..k..=)


salam

*member - sekadar gmbr hiasan..ehehe


zorro>dah besar aku skarang..terase kejap je..masih ingat first day masuk tadika..ehehe

Wednesday 26 June 2013

Rindu ingin kembali.

assalamualaikum...
 
Berhabuk...berdebu..berkarat..melekat...semua ni senang aku kata kan merujuk pada ruang blog aku nih...kesian benor aku tengok..lame x 'sentuh' and singgah kat cini...entahla kenapa..aku cuba buka, tapi sekadar lalu...umpama membelek muka surat semata..aku rindu sebenarnya..rindu kembali kat sini..bertegur sapa ngan mereka2 yg 'berjalan' di alam maya ni..Alhamdulillah..tetiba arini..bertarikh 26 jun 2013..setelah sekian lame...aku cuba menulis sesuatu..ehe..harap boleh bermula semula..seperti mana dahulunya..
 
Akan aku guna cuti antara semesta ni sebaiknya antaranya mgkin berada disini...yeah..sebenarnya aku baru je abis exam, semalam,25 jun,last paper untuk sem ni..dan officially start bercuti hari ni..3 bulan kot..lame..dan banyak benda akan berlaku dan telah sedia terancang untuk dilakukan..

 

dan untuk previous exam...doa dan tawakkal ku hanya padaMU..



zorro-final exam night..ehe..doakan result k..=D





*mungkin aku tiada disini..tapi aku masih wujud ,, somewhere..check out my twitter button and istagram (baru je buat)...and FB still under construction..ehe..bye n salam



Biar ringkas daripada tiada - zorro

Saturday 19 January 2013

catatan si penulis tua





Khudrat yang hanya sekelumit adanya,
Dengan Ehsan masa dan nafas anugerah yang esa,
Ingin dia menulis rasa yang masih bersisa,
Walau ia tahu walau pun abis usia,
Tidak kan pernah tertunai kehendaknya,
Tapi biarlah catatan mutlak dari jiwa,
sampai ke tempat yang sewajarnya,

Perlahan, bertemankan pelita malam,
coba dicoretkan segala cerita lampau,
tangan usang itu bertahan sesaat cuma,
mata tua sudah lama kehausan usianya,
berakar benak cuba mengimbau masa lama,
namun, semangat masih degil memaksa,
untuk dia terus dia berkata kata,
dengan qallam catatan si penulis tua.

Makallah cinta buat yang berduka,
Tidaklah ingin dia berkonsi sengsara,
Bukan jua tanda jiwanya berputus asa
Namun untuk dia ajar caranya,
Apa yang di rasa bukanlah dusta,
realiti nyata bukanlah musuh jiwa,
Cuma khayalan memujuk menipu daya.
   
                                                                             zorro-19jan2013


pic is 'ehsan' from google 





zorro > lame x merapu dan menulis kat cini..maaf lame x update