Friday 25 December 2015

senyumanmu



Pernah lafaz resah cuba bertamu
puas bisikan gundah cuba berlagu
namun kalah bila ku pandang wajah itu
bila terukir senyuman yang ku tunggu

Pernah cobaan menggila di dalam
galau cuba menguasa dasar fikiran
namun tenang reda dalam kekalutan
hanya kerana senyumanmu yang ku pandang

Pernah bertingkah lena dan rindu
bila senyuman mu ku ingatkan
meribut cemburu mengganggu
bila ada yg cuba mencuri pandang
kerana..
Segala tentangmu..semua tingkahmu
dan yang menghidupkan senyumku
adalah... senyuman mu..



zorro25102015,UKMbangi


love



rasa cinta


Malam itu indah ku sendiri,
berteman rasa yang diberi,
datang dan pergi ia berkali,
bermain melingkar di hati,
hingga tersenyum ku sendiri,
bila layar memori bertukar ganti.

Sekiranya rasa ini mengila
doakan aku tidak putus asa akannya
kerana..malam ku sunyi tanpa ia
tiada indah tiada lagi gundah 
untuk ku bernafas dan bernyawa
sepertimana manusia lain bercinta

Cinta..ku ingin ucapkan ia kuat
ingin ku kucup ia sepanjang hayat
biar nama itu dizikir tanpa tersisa
kerana ia menghidupkan jiwa
yang takut akan sunyinya alam
jika terus sendirian dibiarkan

Cinta..cukupla cuma aku yang merasa,
kerana bukan jiwa ini yang merencana,
tidak pula inginku meminta-minta,
namun jika rasa dari mu itu bersedia,
akan ku ikrarkan di dalam hati setia,
untuk ku jaga kau sepanjang masa,
dalam hayat yang diizinkan kita bersama.



zorro 25122015,UKMbangi


'image' ihsan google