Friday 25 December 2015

senyumanmu



Pernah lafaz resah cuba bertamu
puas bisikan gundah cuba berlagu
namun kalah bila ku pandang wajah itu
bila terukir senyuman yang ku tunggu

Pernah cobaan menggila di dalam
galau cuba menguasa dasar fikiran
namun tenang reda dalam kekalutan
hanya kerana senyumanmu yang ku pandang

Pernah bertingkah lena dan rindu
bila senyuman mu ku ingatkan
meribut cemburu mengganggu
bila ada yg cuba mencuri pandang
kerana..
Segala tentangmu..semua tingkahmu
dan yang menghidupkan senyumku
adalah... senyuman mu..



zorro25102015,UKMbangi


love



rasa cinta


Malam itu indah ku sendiri,
berteman rasa yang diberi,
datang dan pergi ia berkali,
bermain melingkar di hati,
hingga tersenyum ku sendiri,
bila layar memori bertukar ganti.

Sekiranya rasa ini mengila
doakan aku tidak putus asa akannya
kerana..malam ku sunyi tanpa ia
tiada indah tiada lagi gundah 
untuk ku bernafas dan bernyawa
sepertimana manusia lain bercinta

Cinta..ku ingin ucapkan ia kuat
ingin ku kucup ia sepanjang hayat
biar nama itu dizikir tanpa tersisa
kerana ia menghidupkan jiwa
yang takut akan sunyinya alam
jika terus sendirian dibiarkan

Cinta..cukupla cuma aku yang merasa,
kerana bukan jiwa ini yang merencana,
tidak pula inginku meminta-minta,
namun jika rasa dari mu itu bersedia,
akan ku ikrarkan di dalam hati setia,
untuk ku jaga kau sepanjang masa,
dalam hayat yang diizinkan kita bersama.



zorro 25122015,UKMbangi


'image' ihsan google

Thursday 22 January 2015

Sabarlah



Sabarlah wahai rinduku,
bertahan lah demiku seketika,
tak selamanya aku jauh dari mu,
ku tahu aku yang kau cinta,
dan ku ingin kau tahu,
kau bagiku segalanya.

Sabarlah wahai hatimu,
ku ada disini seperti inginmu,
tidak dimata tp pasti dihati itu,
sepertimana tutur cintamu,
selalu menentramkan jiwaku,
ingin ku juga sepertimu,
 menjaga hatimu semampuku.



zorro




zorro> rindu terkadang mengundang gundah..namun sabar hikmah dibaliknya indah..


Wednesday 21 January 2015

seumur hidupku



selama kau katakan ya
selama itu kau bertakhta,
kerana jiwa tak akan bersama,
jika hanya sendirian menyara,
cinta....dan segala rasa.

dan selama kau ku cinta,
kaula raja kota raga dan asmara,
 jauh tinggi di singgah sana,
kau kekal abadi di hati dan jiwa,
selama seumur hidupku..kan.
kau kucinta.


zorro

zorro> jaga diri jaga hati

Tuesday 13 January 2015

Bayang di Balik Pandangan



Terbang segar dalam ingatan,
berlatarkan tika diriku sendirian
teringat pada sebuah pertemuan,
yang bukan pada pandangan.

yang ku lihat di situ bayangan,
di belakangku kau sendirian,
tanpa ku toleh ku amati bayang,
ku pasti senyuman yang kau ukirkan.

ku arah langkahku kehadapan,
mengorak perlahan keanakan,
dan bayangan itu masih dipandangan,
seiringan walau tak bergandingan.

dibalik hamparan bangunan,
suluhan mentari mula perlahan,
bayang itu redup dan hilang,
meninggalkan kosong jiwa didalam.

seketika, ku mohon diizinkan,
untuk ku mencuri pandang,
pemilik bayang dan senyuman,
 walau hanya yang ku pandang
langkah dan gerakmu di kejauhan.


=P



zorro: bayang pastinya bertuan, hilang cuma seketika dan pasti kembali jua. =)





Monday 5 January 2015

soal manusia



manusia
samakah apa yang di kata,
di waktu aman dan bencana,
di jiwa kecil  mereka,
samakah yang dirasa,
bila diuji dan dipuji bangga,

kerana

manusia,
di cubit sedikit jiwa
sabar didada hilang dilupa,
di jentik lebam raganya,
baginya lain jahat belaka,
mereka
menghukum yang di mata,
menunding rasa ke muka,
bila sendiri yang merasa.

manusia,
dikata selembut sutera jiwa,
tetap nipis realitinya,
terkadang seampuh bata ia,
merekah hancur jua,
mereka, 
merasa kuat bila terlupa,
melihat tanpa mata,
celik bila tergagah meraba,

manusia,
rapuh hatimu dipandanganku,
namun 
misteri tentangmu berterusan
dalam nada gagah dan lemah bergantian,
warasmu dipacu mencari ruang,
untuk terus kau menang,
selama nafasmu kedengaran.
google



zorro > manusia,ingatlah..lahirmu......menangis dihujung nyawa ibu.