Showing posts with label mypoem. Show all posts
Showing posts with label mypoem. Show all posts

Friday, 25 November 2016

monolog jiwa lalu


aku
hanya dgn pujangga
aku didalam bingkai syurga
yang jelaga pudar seketika
merubah...sesak pada dingin rasa

aku
hanya akan mimpi cinta
biar yang dingin hangat meronta
yang memimpin resah ke syurga
menipu...lelah asmara kepada bahagia

aku
khayal hadirnya sosok rindu,
sempurna berlatar lagu
bila senyum mula merayu
membunuh..salah lama biar berlalu

aku
dan masa lalu itu
luka yang aku biarkan wujud
biar tetap ada ia dan berlaga
mengagah rasa yang tersisa
untuk..mencintai jiwa yang seterusnya

zorro..25112016

p/s ; biar ia di pendam lama, membusuk menjadi baja, menyubur jalan yang akan di tempuh seterusnya...

Friday, 25 December 2015

senyumanmu



Pernah lafaz resah cuba bertamu
puas bisikan gundah cuba berlagu
namun kalah bila ku pandang wajah itu
bila terukir senyuman yang ku tunggu

Pernah cobaan menggila di dalam
galau cuba menguasa dasar fikiran
namun tenang reda dalam kekalutan
hanya kerana senyumanmu yang ku pandang

Pernah bertingkah lena dan rindu
bila senyuman mu ku ingatkan
meribut cemburu mengganggu
bila ada yg cuba mencuri pandang
kerana..
Segala tentangmu..semua tingkahmu
dan yang menghidupkan senyumku
adalah... senyuman mu..



zorro25102015,UKMbangi


love



rasa cinta


Malam itu indah ku sendiri,
berteman rasa yang diberi,
datang dan pergi ia berkali,
bermain melingkar di hati,
hingga tersenyum ku sendiri,
bila layar memori bertukar ganti.

Sekiranya rasa ini mengila
doakan aku tidak putus asa akannya
kerana..malam ku sunyi tanpa ia
tiada indah tiada lagi gundah 
untuk ku bernafas dan bernyawa
sepertimana manusia lain bercinta

Cinta..ku ingin ucapkan ia kuat
ingin ku kucup ia sepanjang hayat
biar nama itu dizikir tanpa tersisa
kerana ia menghidupkan jiwa
yang takut akan sunyinya alam
jika terus sendirian dibiarkan

Cinta..cukupla cuma aku yang merasa,
kerana bukan jiwa ini yang merencana,
tidak pula inginku meminta-minta,
namun jika rasa dari mu itu bersedia,
akan ku ikrarkan di dalam hati setia,
untuk ku jaga kau sepanjang masa,
dalam hayat yang diizinkan kita bersama.



zorro 25122015,UKMbangi


'image' ihsan google

Thursday, 22 January 2015

Sabarlah



Sabarlah wahai rinduku,
bertahan lah demiku seketika,
tak selamanya aku jauh dari mu,
ku tahu aku yang kau cinta,
dan ku ingin kau tahu,
kau bagiku segalanya.

Sabarlah wahai hatimu,
ku ada disini seperti inginmu,
tidak dimata tp pasti dihati itu,
sepertimana tutur cintamu,
selalu menentramkan jiwaku,
ingin ku juga sepertimu,
 menjaga hatimu semampuku.



zorro




zorro> rindu terkadang mengundang gundah..namun sabar hikmah dibaliknya indah..


Wednesday, 21 January 2015

seumur hidupku



selama kau katakan ya
selama itu kau bertakhta,
kerana jiwa tak akan bersama,
jika hanya sendirian menyara,
cinta....dan segala rasa.

dan selama kau ku cinta,
kaula raja kota raga dan asmara,
 jauh tinggi di singgah sana,
kau kekal abadi di hati dan jiwa,
selama seumur hidupku..kan.
kau kucinta.


zorro

zorro> jaga diri jaga hati

Tuesday, 13 January 2015

Bayang di Balik Pandangan



Terbang segar dalam ingatan,
berlatarkan tika diriku sendirian
teringat pada sebuah pertemuan,
yang bukan pada pandangan.

yang ku lihat di situ bayangan,
di belakangku kau sendirian,
tanpa ku toleh ku amati bayang,
ku pasti senyuman yang kau ukirkan.

ku arah langkahku kehadapan,
mengorak perlahan keanakan,
dan bayangan itu masih dipandangan,
seiringan walau tak bergandingan.

dibalik hamparan bangunan,
suluhan mentari mula perlahan,
bayang itu redup dan hilang,
meninggalkan kosong jiwa didalam.

seketika, ku mohon diizinkan,
untuk ku mencuri pandang,
pemilik bayang dan senyuman,
 walau hanya yang ku pandang
langkah dan gerakmu di kejauhan.


=P



zorro: bayang pastinya bertuan, hilang cuma seketika dan pasti kembali jua. =)





Monday, 5 January 2015

soal manusia



manusia
samakah apa yang di kata,
di waktu aman dan bencana,
di jiwa kecil  mereka,
samakah yang dirasa,
bila diuji dan dipuji bangga,

kerana

manusia,
di cubit sedikit jiwa
sabar didada hilang dilupa,
di jentik lebam raganya,
baginya lain jahat belaka,
mereka
menghukum yang di mata,
menunding rasa ke muka,
bila sendiri yang merasa.

manusia,
dikata selembut sutera jiwa,
tetap nipis realitinya,
terkadang seampuh bata ia,
merekah hancur jua,
mereka, 
merasa kuat bila terlupa,
melihat tanpa mata,
celik bila tergagah meraba,

manusia,
rapuh hatimu dipandanganku,
namun 
misteri tentangmu berterusan
dalam nada gagah dan lemah bergantian,
warasmu dipacu mencari ruang,
untuk terus kau menang,
selama nafasmu kedengaran.
google



zorro > manusia,ingatlah..lahirmu......menangis dihujung nyawa ibu.

Monday, 22 December 2014

separuh kita


Selama disitu..
Di pandanganku kau tertawa,
berkata aku lucu orangnya,
dengan gaya comel dan manja,
muncung di bibir digerak bersahaja,
kau mengomel tika bercerita.

Dan seketika..
Di pandanganmu ku tersenyum,
disitu ku lihat dikaca matamu,
berkaca terbias separuh aku,
terleka dengan gaya cerita indahmu,
hingga berlalu detak waktu.
 
Dan selama seketika itu,
Dipandanganku ada dirimu,
separuh kamu yg tersenyum malu,
kerana ku tahu..
separuh itu kan menjadi satu,
bila mata antara kita bertemu,

  
sekadar hiasan..abaikan si lelaki itu..huahua



zorro>kita tidak sempurna sendirian

Saturday, 20 December 2014

kau yang bernama senyuman



hey..
kau yang tersenyum giran,
hatiku terasa jelasnya getaran,
senyuman indah yang kau lontarkan,
bagiku bukan sekadar teguran,
bila kurasa sesuatu didalam.

 hey..
senyumanmu indah menawan,
yang ku rasakan bukan lagi mainan,
kerna disana ku lihat bayangan,
bukan hanya di mimpi malam,
tapi di tiap langkah dan hembusan,
kau berada dan setia meneman

hey..
kau yang bernama senyuman,
pandanglah hasrat hati di dalam,
dengarlah rasa yang ingin ku sampaikan,
dalam seribu juta senyuman,
biarpun seratus ribu yang menawan,
hanya engkau buatku tertawan.
dan inginku sayang.

smile...=)


zorro>senyumlah kamu

Tuesday, 16 December 2014

DUHAI MATA



Duhai mata,
indah kamu pada tempatnya,
indah lagi pada tepat datang waktu gunanya,
lelaplah kamu pada masa nya,
rehatla dalam lagu dengkuran dada.

Duhai mata,
aku senyum padamu
aku kucup kuyumu
kan ku tunggu lirikan itu layu
untuk aku kata pada mu,
selamat malam rindu

Duhai mata,
helah nakalmu ku tahu,
kau mahu ku rindu,
kau mahu ku terus mencuit mu,
menatap senyum dan mengadu,
sepanjang malammu,


Duhai mata,
bila sampainya waktu,
untuk berlalu dari jagamu,
untuk berada di balik mimpi itu,
aku masihkan tetap disitu,
menemani sampai akhir malammu,
untuk ku tatap wajahmu,
yang indah di balik tidurmu
aku rindu..senyum tersipu,
dalam mahu..aku malu..
untuk ku kucup kelopakmu itu
kerna..
ku sayang kamu..
dan seluruh raga yang memiliki mu itu



google image


Zorro>selamat malam untukmu 

Monday, 15 December 2014

'Bento' cinta



Comel dan bermakna,
seumpama 'bento' cara kita,
bekalan cinta dibawa dijiwa,
manis tawar hangat bersama,
tanda kita berkonsi rasa.


Dicipta dan dirasa,
bagaikan 'bento' dibentuk cinta
corak disusun indah rupa,
biar abadi di mata dan dijiwa
rasa cinta antara kita


Karya dan hasrat jiwa,
asal 'bento' dari ilham perekanya
di gubah indah untuk pendamba,
agar yang mengalir dari jiwa,
bukan dirasa dibibir cuma,
biar diingati selamanya 
selama kita berdua bernyawa.


google image - ivanizzac.


zorro>lapar tetiba

Monday, 8 December 2014

Bernafas Selepas Hujan



 Dalam renyai hujan
bagiku biar perlahan ku atur derap
dari mati tersembam ke bawah
kerana hanya dengan bernyawa
bukti aku kuat tika kecewa
kerana dengan terus berdiri
mampu ku lihat arah destinasi
dan harap di sana.. tempat 
untukku pulang bagi yang sudi.

Dalam renyai hujan
bagiku biar di simpan susah di jiwa
sampai masa mereput membaja didasarnya
bagai datang awan hitam pekat mengugut
ku biar basah membasuh seluruhnya
agar cuma redha yang ku hela
agar terang segala yang kelam
segar dan puas tika hembusan
umpama bernafas selepas hujan

google image
 

  

zorro > REDHA

Monday, 1 July 2013

rasa dan masa


segala tentang kau adalah masa,
bermula rasa juga kerana perlu masanya tiba,
kau tetap jarak antara dua masa, 
akhir dan mula,
untuk kau pilih antara cinta 
atau masih seperti adanya.

segala yang ku ada juga dibentuk masa,
bertambah berkurang pilihan ku cuma dua,
apa yang kau terima, ku anggap amat berharga,
namun segala yg sebaliknya, 
akan menjadi kenangan yg tiada kan kulupa.

segala yg terbina sepanjang ruang masa,
mencipta kau menjadi lebih berharga,
moga dua jalan yang berbeza,
tidak membezakan impian kita,
mencapai cinta & cita sesama manusia,
dan jua cinta Agung di langit sana.

zorro:1julai2013 




 gambar hiasan



zorro > masa tanpa sedar mencorakkan kita,mase juga mampu menyembuh luka,masa juga mampu mengukuh empayar cinta,mase lalu hargailah ia,dan masa yg tiba..manfaatkan sebaiknya

Saturday, 19 January 2013

catatan si penulis tua





Khudrat yang hanya sekelumit adanya,
Dengan Ehsan masa dan nafas anugerah yang esa,
Ingin dia menulis rasa yang masih bersisa,
Walau ia tahu walau pun abis usia,
Tidak kan pernah tertunai kehendaknya,
Tapi biarlah catatan mutlak dari jiwa,
sampai ke tempat yang sewajarnya,

Perlahan, bertemankan pelita malam,
coba dicoretkan segala cerita lampau,
tangan usang itu bertahan sesaat cuma,
mata tua sudah lama kehausan usianya,
berakar benak cuba mengimbau masa lama,
namun, semangat masih degil memaksa,
untuk dia terus dia berkata kata,
dengan qallam catatan si penulis tua.

Makallah cinta buat yang berduka,
Tidaklah ingin dia berkonsi sengsara,
Bukan jua tanda jiwanya berputus asa
Namun untuk dia ajar caranya,
Apa yang di rasa bukanlah dusta,
realiti nyata bukanlah musuh jiwa,
Cuma khayalan memujuk menipu daya.
   
                                                                             zorro-19jan2013


pic is 'ehsan' from google 





zorro > lame x merapu dan menulis kat cini..maaf lame x update

Sunday, 30 December 2012

Disember


sejenak minda ku terkebelakang,
disember lalu masih segar dengan azam,
belum ku sempat menghela nafas kepuasan,
disember ini sudah mahu ku tinggalkan.

hari2 berlalu penuh dengan cabaran,
disember dulu masih menunggu jawapan,
apakah harus terus aku tambahkan,
bebanan atau azam yang belum pasti kesampaian.

suratan atau jalan kebetulan,
berharap menuju ia pada azam,
senyuman atau kepahitan,
ku harap hikmah ia menenangkan,
kerna aku manusia, harus perlu berusaha,
dan aku juga hamba, 
harus percaya pada qada'Nya.

disember dulu, 
aku cuma merancang jalan,
kini, harus ku percaya aturan Tuhan,
untuk aku kekal dalam landasan,
sebelum disember ini aku tinggalkan,
aku mahu ingin terus merancang,
azam untuk diriku,
dan mereka yang ku sayang.

                                                        zorro - 30 disember 2012



zorro> Alhamdulillah..disember ini ..aku masih bernadi

Sunday, 2 September 2012

pantai cinta berahi



Butiran pasir cintanya menghampar panjang,
memutih kekuningan merajai pinggiran,
gebu dalam pandangan,
sekejap, air lautan itu dtg mencium dan meneman,
bergurau,mencuit kecil dan menggarang kekadang,
menghempas dan melandai berdua,
buih cumbuan bertebaran berserakan,
cinta mereka bukan dibuat atau pun bahan mainan,
meluah tanpa dikisah org memandang,
berdua, hangat dengan simbahan mentari petang,
intim bila bulan galak mengintai dibalik awanan.

teguh dan setia berdua,
mereka,penawan juga tawanan,
pernah,manusia berjalan bercanda di tebingnya,
meninggalkan tapak dan parut bercelorengan,
sesaat,datang ombak mengubat,merata,
menghilangkan kesan bagaikan doktor cinta,
memulih,membina semula hamparan,
umpama arkitek jiwa.

bisikan mereka,bagai sihir godaan,
tidakla ia garapan penyair agung manusia,
bukanla ia arahan pengarah wayang ternama,
datang bahasanya hanya dua,
badaian juga hempasan cinta,
namun cukup mensihir tenang,
cukup gagah mengcarikkan rawan.
mereka,tanda dan kisah  cinta alam,
mereka,pemuja dan penggoda,
pencinta dan teman bersama,
berdua,mereka pantai dan lautan...
mereka,cinta dan berahi

                                                       zorro-2 sept 2012

pcb nashville effect and lightleak effect

zorro> pantai cinta berahi juga dikenali sebagai pantai cahaya bulan atau PCB merupakan pantai kunjungan di negeri kelantan..google for more info..ehe