Friday 28 October 2011

..pujuk..

merah
lama aku perhatikan mu
kenapa kau resah sebegitu
apa yg bermain di benak itu
adakah perasaanmu terganggu
apakah emosimu juga sebegitu
tiada senyum, namun sedu

merah
adakah kau marah..
kenapa terus memendam resah..
izinkan dia memujuk dngan kasih
ceritaknlh kenapa kau marah..
pasti dia menunggu sesuatu untuk kau luah

merah
dapat ku lihat rayuannya jelas
bahasa badannya juga indah
meraih kepercayaanmu tanpa puas
inginkh kau terus bertemankan amarah
atau 
menerima pujukanya yg benar ikhlas

                                                                                zorro:28-10-11

 red rose by google


zOrro> terlihat si jejaka memujuk si bunga, mgkin atas kekhilafanya sebelum itu..huhu

Saturday 15 October 2011

mereka kebanggaan seterusnya...

Assalamualaikum..
lame benar aku x update umah aku ni..merayap jalan2 nk pegi blog rakan2 lain pn x..kurang sempat kata org tua2..huhu...xpelah..secebis mase terluang ni aku tidaklah nak bercakap panjang...cume berkongsi rasa bangga dan harapan aku kt org yg aku syg ni..


secara ringkasnye family aku ade 6 org adik beradik, 2 lelaki,2 perempuan,2lelaki (mengikut susunan). dan kt cini aku cuma nk bercerita pasal 2 lelaki yang terakhir tu..

APIK n AUS
tahun 2011 merupakan tahun study diorg..sbb 2011 diorg exam...macam kembar la pulak..xlah..sorang SPM n sorang lagi UPSR..




ni dia si abg-APIK, bakal calon SPM..sempoi,selamba, banyak diam dari bercakap
, tapi otak memang power..hantu ADDMATH..aku rase tiap kali aku tengok result ADDMATH dia aku kecut perut...kurang 2 atau 3 nak dapat fullmark..memang hantu ah



dan ini pulak adiknye-AUS,banyak bercakap, banyak bising dari diam, banyak gak ilham dia, selamba dan sensitif gak la..anak bongsu kan..hehe..melukis mewarna tu bidang dia..aku rasa banyak melukis dari membaca....tapi ligat gak otak dia, imaginasi dia tinggi, mase aku umur dia pn xbijak cam dia, tulisan xcam budak,kira cantik gak la..dalam FB chatt ngan sape entah...selamba je dia hentam broken English...calon UPSR taun ni..kira da lepas dah la bulan sembilan baru ni..masa exam UPSR baru ni...katanya MATH senang sangat..hehe..


 dua org terakhir dalam family aku..antara yang bakal jadi yang terbaik dalam family...bakal mencabar abg dan kakak2 diorang..hehe


 
kat bawah ni jadual exam UPSR dan SPM taun ni
wish them-----GUD LUCK

 
TARIKH PEPERIKSAAN UPSR DAN SPM TAHUN 2011

PeperiksaanTarikh
UPSR

13 - 15 September 2011 (3 hari)


SPM

14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

zorro> with LOVE..........sharing is caring

Monday 3 October 2011

nafas..

nafas..
dalam dan teramat berat kau seketika..
hambatan rasamu bukan di pinta atau dicipta..
mengapa datang resahmu secara tiba tiba..
terasa benar sesak membebani jiwa.

nafas..
perlahan ku cuba mengatur mu..
berakar benakku cuba memahami rentak geloramu..
tapi aku ingin kau tahu biarpun carik jantung ku..
akan ku tahan rasa sesak itu.

nafas
ku tahu tanpamu ku tiada..
tapi dirimu juga hamba..
memerlukan aku seperti adam perlukan hawa..
wujudkah satu tanpa keduanya..?

                                                                                                                       zorro..3-10-11
 


zorro> mungkin benar kata pujangga, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.