Tuesday, 17 July 2012

radang jiwa



Bangga mereka brkata,
diri mereka begitu dan begini,
sempurna.
sinis mereka mentertawa,
yang lain salah,malah punah,
mencela.

mereka,
ego untuk mengaku suka,
kerana takut manusia mentertawa,
kalut menyalahkn mereka2
padahal diri sndiri tiada apa2

radang jiwa bagai barah manusia,
malah teruk dari segalanya,
mencela tanpa sekelumit rasa cinta,
malah,
bangga dengan ape yg mereka ada,
dan lain daripadanya..salah belaka.

                                                       -zorro-


-zOrrO-share ur love

Thursday, 5 July 2012

manusia

kita manusia,
datang,singgah dan akan hilang selamanya,
namun, bukan bererti kita tiada acara,
kerna datang nya kita bukan sia2,
sebagaimana telah tercatat dalam kalamNya,
agar tnduk dan sembah pada pencipta.

kita manusia
segenap sudut dunia kita ada,
pelbagai rupa,bhasa dan bangsa kita dicipta,
namun corak dan kedudukn anggota kita sama,
tiada berbeza selagi kita sempurna,
sebagai tanda pencipta itu sama dan satu2nya..

kita manusia,
mengapa masih ada yg kasar bicaranya,
hasad hanya kerana mereka berjaya,
sinis bilamana sndiri malas berusaha,
smpai akhirnya hati manusia tetap bersengketa,
selagi jiwa mereka tawar dari cintakan saudara,
selagi akal mendewakan perkataan syaitan durjana.

wahai manusia,
sebenarnya didunia kita buta
kita cume dengar dan belajar tentangNya,
mati mencelikkan segalanya,
membenarkan dan terus nyata azab atau kasihNya,
didepan mata,apa yg didengar dan dibaca bersemuka,
adakah datangnya membela atau menyiksa,
bergantung ia pada amal sebelumnya,
dipejamnya mata sengaja  atau celik hatinya mempercaya.

ehsan google

 
zorro>aku manusia biasa