Tuesday 28 June 2011

Vaksin pelangsing?

PERNAHKAH KORANG TERFIKIR YANG SUATU HARI NANTI AKAN ADA SATU VAKSIN YANG MAMPU MELANGSINGKAN BADAN KORANG..PELIK KAN TU..XPERLU LA KORANG TAHAN LAPAR SEKSA JIWA RAGA KORANG SEMATA2 NK BADAN CAM MODEL..HIHI..PASNI XYAH LA KORANG MAKAN BUAH JE...XPON PUSIM TREK JOGIM 2 KILOMETER LEBIH SETIAP HARI...PAKAI LOSYEN CAP ITU INI...HUHU..
BENARKAH AKAN ADA VAKSIN TERSEBUT???

 NI GMBAR MEMBER ZORRO WAT KIJE SKOLAH DIA.XDE KAITAN..HEHEHE

TAHUKAH ANDA

BEBERAPA PENYELIDIK DARI PORTUGAL TELAH BERHASIL MENCIPTA SEJENIS VAKSIN YANG TELAH DAPAT MENURUNKAN KADAR PENGAMBILAN MAKANAN YANG TELAH DIUJI KEATAS HAIWAN MAKMAL.DAN KEMUNGKINAN VAKSIN INI JUGA DAPAT DI APLIKASIKAN KEATAS MANUSIA DAN MAMPU MEMBANTU MENGURANGKAN KES OBISITI DI DUNIA.

CAMANA VAKSIN INI BETINDAK

"APABILA BADAN MENERIMA VAKSIN TERSEBUT, TUBUH AKAN MENGHASILKAN SEJENIS ANTIBODI YANG MELAWAN HORMON GHRELIN IAITU SEJENIS HORMON YANG MENYEBABKAN RASA LAPAR"-Mariana Monteiro, M.D., Ph.D., associate professor dari University of  Porto di Portugal.

VAKSIN INI KEMUNGKINAN BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG MAKAN DENGAN JUMLAH YANG SEDIKIT KERANA TIDAK MERASA LAPAR.KAJIAN KEATAS MANUSIA MUNGKIN AKAN MEMAKAN MASA YANG LAMA...TAPI MUNGKIN SUATU HARI NANTI PENGGUNAAN VAKSIN INI BOLEH TERJADI...

MUNGKIN...=) ANDA RASA.?



Sharing is caring-
-ZORRO-

Monday 27 June 2011

terbaik dari cikgu wan


..

Entry lewat malam ni di buat adalah semata mata kerana sebuah blog ni yang bagi aku amat bagus kewujudanya..kenapa bagus...ada makan free ke..ke dapat kupon or voucer hotel free..xdelah...makan je korang ingat...blog KOLEKSI BLOGGER MALAYSIA ni berfungsi untuk mempromosi dan berkongsi link blog korang dengan blogger2 lain yang berlegar legar di setiap pelusuk dunia maya alam digital nih..blog ni bagus untuk korang mengenali blog lain dan berkongsi keindahan blog yang sedia ada yang menunggu untuk korang terjah je..hehe...

untuk pertanyaan lanjut...atau mengalami sendiri kebaikan blog ni...sila tekan banner diatas...hehehe

dan nilah dia punye pengasas atau founder dia...jeng jeng jeng...(siap promote tuan tanah dia lagi, bg kredit lebih cikit cikguwan...hahahaha)







i followww


sharing is caring
zOrro Luv u aLL











Friday 24 June 2011

" Si hitam" itu indah

Hitam...banyak perkara negatif yang biasa di kaitkan dengan warna yang tak penah wat salah ni....sebut je jalan hitam..wah...xbleh xbleh..sebut je noktah hitam...ni mesti cerita pasal sad ending ni...xmau xmau...ular or kucim hitam...huhu...seram..sebut je sejarah hitam....no no no(sambil goyang jari telunjuk)..reject terus...huhu..cedih tul...nasib baik aku x berapa hitam....ha!! tu lagi satu hal...xsedar diri tul..
ari ni cuma nak cite cikit cite pasal hitam nih...ubah persepsi...selami diri...selami lautan dalam..ngeh ngeh..ngeh..

tahukah korang

makanan berwarna gelap atau hitam nih biasanya mengandungi antioksidan lebih tinggi yang sangat berkesan untuk menurunkan risiko diabetes, penyakit jantung, dan kanser.

"Buah yang berwarna hitam memiliki lebih banyak antioksidan karena makin gelap warnanya, makin tinggi pigmennya, yang berasal dari antosianin," kata Cy Lee, PhD, profesor kimia makanan dari Cornell University.

meh kita selami khasiat makanan atau buah yang berwarna hitam nih

1.Habbatus Sauda

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, amino acid yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, Sistem immunisasi dan sebagainya
 
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


2. Beras hitam

Beras hitam mengandungi vitamin E dalam jumlah tinggi. pengambilan secara rutin beras hitam akan meningkatkan sistem imun tubuh dan melindungi sel dari bahaya radikal bebas. Beras hitam juga mengadung antioksidan antosianin lebih tinggi dibanding blueberries.

3. "Blackberries" @ beri Hitam

Polifenol di dalam buah beri hitam ini diketahui mampu mencegah penurunan fungsi kognitif yang terjadi karena penuaan. Polifenol akan bekerja membersihkan sel-sel yang mengganggu fungsi otak. Buah ini juga kaya akan serat.

4. Kacang hitam

Kulit berwarna hitam yang menyelimuti kacang ini sarat akan bioflavonoid, nutrisi dari tanaman yang mampu melawan kanser.

5. Soya Hitam @ Glycine soja

kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Korea mendapati, pengambilan soya hitam secara teratur akan mencegah risiko trombosis, pembekuan darah yang berakibat fatal. soya hitam juga mengandung asam alpha linoleate, jenis asam omega-3 yang mengurangi risiko penyakit jantung.

6. Teh hitam
 
Teh ini mengandung teaflavins, antioksidan yang bermanfaat mempercepat penyembuhan kecederaan pada otot setelah olahraga. Minum teh hitam juga menurunkan risiko terkena serangan jantung.

7. Cokelat hitam

Penelitian yang telah di publish di Journal of the American Medical Association menyatakan bahwa cokelat hitam mengandung kandungan yang disebut polifenol. Dalam kajian yang dilakukan pada haiwan, polifenol terbukti menurunkan tekanan darah. Cokelat hitam juga dipercaya dapat melindungi tubuh dari serangan jantung dan stroke.

so...ape lagi..tidakkah Hitam itu indah..hehe 

 pinjam gambr ngan pakcik google

Hitam manis hitam manis~
zOrrO~

Thursday 23 June 2011

santai sambil main super granny 5

kali ni aku nak kongsikan satu game yang tak berapa susah dan tak berapa senang cara main dia..huhu...korang boleh berbincang ketika bermain..hhihi...macam kuiz la pulak...mungkin ramai yang da biasa main, tapi game ni ada banyak versi dan yang ni adalah versi yang ke 5...malas nak taip panjang panjang...sape nak main...sila angkat tangan...hahaha...jom....i followwwwwwww...

super granny 5

cam biasa...sebelum main basuh tangan dulu...hehe...xdelah...daftar je nama korang dulu

dan...bleh start mission korang...selamatkan kucing granny yang hilang

korang akan jumpa macam2 cabaran yang menarik.....visual dan grafik dia pn cun....asyik bangat....hehehe

untuk dapatkan game ni anda leh je dolod pada link kt bawah ni.....jom seduuuuuuuut,...



sharing is caring=)
-zorro-

Tuesday 21 June 2011

seratus.....

seratus percent cintaku..............ah ah ah...hihihi...dandut la plop aku ni...huhuhu

aku cuma nak ucap terima terima kasih berguni guni buat semua follower aku yang kiut n hansem ni...sebab mereka lah kini aku nye follower atau dalam bahasa asingnya disebut pengikut telah mencecah angka seratus..huhuhu..terharu...yipppppii...huhu..

terima kasih ...terima kasih...terima kasih...

dan insan blogger yang ke seratus itu adalah......YANA in the blOg

..

klik banner cik yana ni untuk terjah...hehe

jom...sama2 kita jalan jalan dan singgah n dengar cik yana membebel sambil belajar kat blog dia.....jom jom jOoOmmmm...terjah....




terjah is caring...
-zorro-

Monday 20 June 2011

jom main feeding frenzy 2

kali ni aku nak bagi satu lagi game..rasanya ramai da ade dan da tau camana nak main..baguslah..
kat cini aku cuma nak kOngsikan untuk kOrang2 yang da bOsan tahap ultra ungu dan rasa nak makan Orang tu...leh cuba game ni..

feeding frenzy 2

game ni umpama game survive la..cam biasa..kOrang start ngan daftar nama kOrang dulu..dan bila kOrang da masuk menu kOrang leh pilih jenis cabaran yang kOrang nak main..

kOrang akan bermula dengan ikan yang kecil...kOrang kena makan ikan lain yang lagi kecil dari kOrang...bila da cukup besar, dia akan bagi hint yang kOrang da leh makan ikan yang tadi kOrang xleh makan...apa lagi..melantaklah sampai habis cabaran tersebut.

dalam cabaran tersebut terdapat beberapa stage atau peringkat...sO..mainlah selagi kOrang tak bOsan untuk bermain...aku pOn xabis lagi..huhuhu

kOrang nak main game ni, kOrang leh dOwnlOad kat bawah..hihi...selamat bermain dan kita enjoOoOy...=P

FEEDING FENZY 2



sharing is happening=)
-zOrrO-

Friday 17 June 2011

jom main Virtual Farm

game simple untuk kOrang yang mungkin dalam kebOsanan..senang nak main dan tidak membebankan laptOp kOrang...joOm...layanzzzz

Virtual Farm

screenshOt
kat cini tapak tempat kOrang bercucuk tanam..kOrang akan bermula dengan tapak yang kecil..duit hasil jualan bila da cukup kOrang leh la upgrade tapak dan alatan yang kOrang guna..

...lagii...

 ni lak kOrang nye tempat pemprOsesan hasil tanaman kOrang. kOrang leh bina kilang berdasarkan jenis tanaman kOrang..dan ini juga bergantung kepada duit yang kOrang ada.banyak duit,senanglah kOrang nak buat dan upgrade kilang2 kOrang.

..mana nak dapat duit..

haa,..kat sini la kOrang jual hasil tanaman kOrang...xkira la hasil segar dari ladang ataupun hasil yang da di proses kat kilang..kat cini kOrang leh letak harga untuk jualan kOrang...

nak main...kOrang leh dOwnlOad kat link bawah


k..sharing is caring

Tuesday 14 June 2011

ikatan 2 jiwa

cUti skOlah da pn berakhir..cerita dan kerja kawin pn da makin slOw..kalaU x hari hari ada walimatUlUrUs...paling kUrang dalam satU hari ade 3 majlis dalam satU kawasan...
kata member ak...''kaU makanla kat Umah ni...pastU minUm kat Umah depan tU...nnti kaU basUh tangan Umah last tU..hUhUhU...bleh ke?....hehe

anyway...kt cini ak nk Ucapkan selamat pengantin barU kepada semUa pasangan yg telah selamat di ijabkabUlkan, terUtama kt ak nye spUpU..

NurUl hUda dan sUami
mOge dUa jiwa yang disatUkan ini kekal selama lamanya..biar mekar cinta mereka didUnia,dan sUbUr sehingga ke sUrga.. amin

TUhan memberikan kita dUa kaki UntUk berjalan,dUa tangan UntUk memegang,dUa telinga UntUk mendengar dan dUa mata UntUk melihat, tetapi mengapa TUhan hanya menganUgerahkan sekeping hati kepada kita?....

kerana TUhan memberikan sekeping lagi hati kepada seseOrang UntUk kita mencarinya....itUlah cinta.


mOge rasa cinta ini membawa pengekalan abadi, selagi Usia di kandUng badan,selagi jiwa merantai hati..





k
sharing ur happines
~zorro~

Saturday 11 June 2011

pelengkap Cinta

 
Alah swt berfirman, " Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau daripada yang mereka tidak mengetahuinya " ( Surah Yasin:36 )

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar Ruum 30:21)

“Nikah itu adalah sunahku, karena itu barang siapa yang membenci sunahku, ia bukan sebahagian golonganku” (Hadits)

“Saling menikahlah kamu, saling membuat keturunanlah kamu, dan perbanyaklah (keturunan). Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya jumlah kalian di tengah umat yang lain.” (Hadits)                                  
                                                                                                                  ”

ps-ngah bersiap untuk temankan member pegi cari umah tamu...dia nak guna untuk majlis kawin dia time raya nanti..berseri lain macam je muka dia..takleh nak tulis nama dia kat sini..katanya ini rahsia...haha..Selamat pengantin baru my friends...eh blum lagi ea...selamat bakal pengantin lah...












 Share ur happiness
-zOrro-

Wednesday 8 June 2011

Minyak Zaitun (olive oil) dan aku...

Adehh!...Sakit sakit badan tak hilang lagi, macam tulang dah makin mereput..huhu..abih terasa sengal sengal satu badan, banyak sangat duk buat kerja time cuti baru nih..pegi situ pegi sini,buat tu buat ni..Tiba tiba terasa diri makin tua...penyakit pun makin banyak kalau tak di jaga nih.. huhu..Sambil sambil baring terpandang la sebotol Minyak zaitun atas meja aku...hmm..2 3 4 hari da aku lupa nak minum..tertinggal mase aku balik kampung tempoh hari..Aku amalkan sebagai ikhtiar untuk kesihatan badan, Segalanya hanyalah DIA.

Minyak Zaitun yang aku dapatkan dari sorang kawan-LALELI OLIVE OIL-http://www.laleli.com.my/-

  
TAHUKAH ANDA

Hadith:
1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN
KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat
Sayyed Al-Ansari.

2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA
BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Ciri2 dan kelebihan pokok Zaitun

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang
dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan
nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah
zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. 

Minyak zaitun digunakan untuk melembutkan kulit. Ia merupakan minyak
semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras
asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain.
Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan
darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang
darah dari melekit dan membeku.  Kesimpulannya, minyak zaitun tulen
mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses
penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia
boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan
prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah
seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran
dengan mencampurkannya dengan sedikit garam.  Jeruk buah zaitun
boleh mengatasi masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi
berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman,
mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan
ulser yang kronik.  Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada
gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

CARA PENGAMBILAN:

1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3
sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada
muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran
6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda
pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).


Sharing is Caring-
love myself very much

Wednesday 1 June 2011

Insan Istimewa

Lame dah tak menulis kat sini...cume sebelum ni sekadar singgah dek kebizian kat tempat kerja di siang hari, dan tido di malam hari..huhu..aku pun tak tau nak menulis ape. kalau aku tulis ikut suka hati, orang kata gila meraban lak..huahua. 
Sebelum aku buka laptop aku tadi, aku teringat satu peristiwa masa aku gi kedai makan malam tadi..Mulanya aku ingatkan nak diet, taknak makan malam, tapi da perut lapar, aku usehakan juga ke kedai...hahaha..diet la konon...spare tayar kat perut da belambak..oooopss..bocor rahsia.
CERITANYA.......
Masa aku kat kedai ngah tunggu order..aku terasa la ade sorang pakcip ni...cam duk tenung aku..ahhh...perasaan aku. Mulanya aku buat tak tau je...tapi mana tahan...semacam je..hahaha...seram gak memula..kul 12 malam tu gak..suasana kedai pun malap2 sunyi je...pelanggan tak ramai..huhu..aku beranikan diri nak tengok berbekalkan senyuman di bibir..hihi..memang sah...dia duk tengok aku..waaa..ape hal ni..aku buat tak tau lagi..masa aku makan pun dia tengok lagi...tak berubah posisi muka dia..setengah jam gak..gila seram..
abis makan aku cuba tengok dia sekali lagi..aku teliti...dia tak senyum, tapi aku leh tengok garis2 kendur di dahi dia, pandangan yang berkaca dan untaian rambut memenuhi ruangan dahi pakcik tu.Raut wajah yang biasa kita lihat, bukan kerana salah mereka tapi cuma istimewa..Dia sebenarnya insan istimewa, dilahirkan dikalangan kita yang normal, berkongsi keindahan dan kenyamanan bumi Ilahi. Terdetik dalam hati aku..pakcik ni pengidap Sindrom down..aku lemparkan seulas senyuman..moga Allah melindungi dia selama mana dia berada di kalangan kita...


Just Sharing