Thursday 5 May 2011

Hantu..kenali Mereka....ngeh3x

Fuh..Dua tiga hari ni asyik tengok cita hantu je...Musim lambakan filem seram atau filem "horror" tengah berlaku. Impak filem Hantu komedi terbaru direktor Mamak khalid masih lagi panas, Hantu Kak Limah Balik Rumah..KITE BAKOR katanya...Pecah perut aqu kalau ingat adegan lucu filem. Hantu pon leh wat klakar..

SabOjelah..huhu
Filem filem serius cam Khurafat,Jangan Tegur pon leh tahan. Dan sekarang ni mungkin banyak lagi cite hantu yang ngah beratur nak kuar..Senang kata sekarang ni musim filem hantulah..tapi tahukah anda identiti makhluk bernama Hantu ni..jom...kite bakOr...eh bukan...kita Kenali mereka..simple info untuk korang, sekadar berkongsi..hehe

Tahukah anda ??
Hantu adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh masyarakat melayu kepada sejenis makhluk ghaib yang sering digambarkan dengan wajah yang menakutkan dan menggerunkan. Setiap kali cita pasal hantu kuar, mesti wajah dia hodoh, buruk dan busuk, kadang2 takde rupa pun, tu yang menakutkan tu. Cuba rupa hantu cam Heliza ke, Wardina ke...kan cantik. Mesti Orang tak takut punya..huhu

khurafat-Antara filem hantu yang boleh dikatakan amat menyeramkan
Bagi org melayu, terdapat bermacam jenis hantu dengan pelbagai nama, contohnya pocong, pontianak, jembalang, puaka dan macam macam lagilah. Org melayu dulu kala percaya yang wujudnya penunggu yang juga digelar hantu yang menjaga kawasan tertentu. mereka panggil hantu air(ada kat tasyik atau sungai), hantu angin(bleh karamkan kapal Dilautan) hantu aru-aru(hantu kat dlm hutan), hantu bungkus(hantu berupa mayat berbungkus dalam kain kapan) Bunian (Org halus yang tinggal dalam hutan) dan macam2 lagilah...kalau sebut semua esok habislah..hihi

Hantu diceritakan boleh memudaratkan manusia, boleh membunuh manusia dengan cara mengcekik, hisap darah dan macam macam lah. kadang kadang sakit, demam, bengkak, lumpuh dan penyakit yang dikenali sebagai penyakit misteri juga dikaitkan dengan hantu.

Dan Tahukah anda??
Apabila dirujuk kepada penciptaan Allah, tidak terdapat kenyataan bahawa Allah mencipta hantu. Allah Hanya Mencipta manusia dari tanah, malaikat dari cahaya dan jin(Syaitan) daripada nyalaan api. so..tidak mungkin hantu dari kalangan malaikat,begitu bukan dari kalangan manusia. dan tidak syak lagi bahawa hantu itu sebenarnya adalah jin atau syaitan yang berkerjasama dengan orang yang sesat untuk menyesatkan manusia...kan kan

dan kalau korang berminat nak tau lebih lanjut lagi pasal Makhluk bernama Jin@hantu ni..korang leh dapatkan buku kat bawah ni kat mana2 toko toko buku kat malaysia ni...insyaAllah ada..hehe

Buku ni simple tapi padat dan aqu syorkan untuk korang-kalau nk pinjam pun bleh, tapi pulangkan balik la pas abis baca.hehe
k, selamat membaca
sharing is caring
*nanti aqu uploadkan ceramah pasal Alam JIN oleh Ustaz Ismail Kamus


No comments:

Post a Comment