MIMPI-Tafsir Mimpi Anda Menurut Tradisi Islam
iiiikkk!! aaaaaaaahhh!!!...fuh..geliat..enak dan asyik betul kalu buat tiap kali bangun tido..hihihi..tadi aku termenung kejap..mengerah balik ingatan terhadap mimpi malam semalam...Cebisan saki baki ingatan pengalaman alam mimpi cuba di raih..terbejat otak aku dibuatnya...Peluh dingin membasahi dahi...hmmmmm...langsung aku x ingat..huhuu..jangan marah
okeh..bukan pasal mimpi aku yang aku nak bebelkan kali ni...tapi cuma nak berkongsi perihal mimpi dan adakah benar ianya sekadar mainan tidur atau alamat dari alam ghaib..Auwww
TAHUKAH ANDA?
Mimpi adalah alamat dari alam ghaib dan suara suara dari alam bawah. Ianya adalah pembawa khabar tentang kebaikan atau gema daripada kenangan indah atau sedih yang telah lama terpendam meskipun mimpi termasuk dalam lingkungan peribadi. Mimpi merupakan fenomena universal. Hampir dapat dipastikan bahawa semua orang bermimpi.
Sepanjang catatan sejarah, mimpi dan pentafsirnya telah mengilhamkan org-org suci dan para nabi,penyair serta raja raja mahupun yang lain lain. Namun tidak semua mimpi adalah benar dan otentik. Mimpi para nabi dan kekasih Allah(aulinya) adalah mimpi yang merupakan wahyu dari Allah s.w.t yang benar dan sakral. Mimpi org org salih hampir selalu benar dan bermakna.
Rasulullah s.a.w bersabda
"Mimpi yang benar merupakan satu bahagian dari empat puluh cabang kenabian"
Aishah r.a pernah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda
"Khabar baik adalah satu satunya kenabian yang ada selepasku."Seseorang bertanya"Apakah khabar baik itu ya Rasulullah?"Baginda menjawab,"mimpi baik yang dilihat seseoraang atau yang dilihat org lain untuknya."
DAN TAHUKAH ANDA?
Mimpi dibahagikan kepada tiga bahagian
- Mimpi yang benar, iaitu khabar baik dari Allah
- Mimpi dari syaitan yang terkutuk. Mimpi palsu yang mengelirukan.
- Mimpi yang menggambarkan fikiran sendiri atau psikologi anda. Contohnya jika anda tido dalam keadaan lapar, anda akan bermimpi sedang makan atau muntah..
Untuk Korang memahami ilmu ilmu Mimpi nih...aku syorkan buku kat bawah ni...
Ensiklopedia Tafsir Mimpi
Menurut Tradisi Islam
Tulisan Muhammad Ibnu Sirin
Boleh dijumpai dimana-mana kedai buku berhampiran anda-ada je kat bahagian agama..hehe,kalau korang nak pinjam ngan aku boleh je, bayarlah...hahaha...gurau je..boleh je pinjam...asal korang hantar pas abih baca..
Dan aku selitkan juga ceramah dalam bentuk MP3 dari Ustaz Ismail Kamus pasal mimpi nih, Beliau menggunakan kitab tulisan Ibnu sirin sebagai rujukan beliau
k,slamat membaca..Sharing is Caring
terbaik!
ReplyDelete