Tuesday 10 May 2011

mau kuruuuuus...

Dua tiga hari ni ade je aku dengar org nak kuruskan badan. Macam macam suplement diorang amik. Krim untuk luar dan dalam la, Minuman herba herba, jamu mak teruna, pati ape ape ntah di telanya, ade yang tak makan langsung, makan buah katanya.Nasib baik tak sedut lemak..huhuhu..tak salah berdiet,tapi jangan disiksa jiwa dan raga..hihi...Sape sape yang amat berkemampuan boleh aje gi slim world..Slim la korang nanti..ngeh3x
Entri kali ni cuma aku nak kongsi seciput tips yang aku pernah terbaca pasal nak kuruskan badan. Mudah dan Klasik...layans..
p/s (Skali tengok badan aku ni mcm nak kena kuruskan jugak..ade je kawasan yang perlu di cantik kan rupa bentuknye..hahaha.)

Kuruskan Badan Cara Lama

1)Air limau nipis untuk turunkan berat
Anda boleh turunkan berat badan anda dengan limau nipis. Caranya ialah dengan mencampurkan jus dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk. Minum setiap kali selepas makan tengahari dan malam. Amalkan selama sebulan untuk lebih berkesan dan jangan lupa bersenam.

2)Buah pinang kuruskan badan
Ambil sebiji buah pinang, hiris nipis dan jemur hingga kering. Selepas hirisan pinang cukup kering, tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali. Amalkan selama dua minggu.

3)Asam jawa kurangkan lemak
Ambil sebuku asam jawa dan masukkan ke dalam segelah air. Ramas sehingga isi jawa terlerai dari bijinya. Masukkan air tersebut kedalam peti sejuk dan minum selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Hasilnya, berat badan akan menurun dan anda rasa lebih segar.

4)Kurangkan buncit
Untuk anda anda yang ada masalah perut buncit, boleh cuba cara ini. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau nipis. Perahkan jus limau nipis dan campurkan dengan kapur tadi sehingga sebati. Sapukan sekeliling perut tiap tiap malam sebelum tido dan biarkan sampai kering atau sampai keesokan harinya.

5)Langsing selepas bersalin
Agar badan anda tidak gemuk selepas bersalin, Ambil lima halia bara,10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat dan perahkan sebiji limau nipis. Makanla bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari semasa tempoh berpangtang


Selamat mengcuba..hehe

Sharing is caring

2 comments:

  1. Minum air asam boi pun sedap jugak..

    ReplyDelete
  2. hehe..em...zorro suka asam boi...letak banyak ais..hihi

    ReplyDelete